Welcome

Friday 29 July 2011

Learning Autisme Is A Lot Of Fun!

Assalamualaikum pembaca semua..
Hari ini cuti sekolah..Saya sungguh teruja untuk meningkatkan lagi keberkesanan blog ini. Banyak yang ingin saya kongsikan bersama anda berkaitan pendidikan khas di Malaysia. Namun, kesuntukan masa dan beberapa kekangan lain membuatkan saya sering terlepas untuk berbuat demikian..maka, di hari yang penuh dengan keceriaan ini saya mengambil kesempatan untuk memberi beberapa maklumat berkaitan kanak-kanak autisme..

Pertama kali saya mengenali kanak-kanak autisme, saya sangat teruja dengan cara kehidupan mereka yang berbeza dengan kehidupan kanak-kanak normal. Kanak-kanak autisme mempunyai beberapa ciri yang mungkin anda boleh mengesan bayi-bayi anda pada peringkat awal kelahiran. Melalui soal selidik ibu bapa kepada kanak-kanak ini dan pembacaan hasil perkongsian masyarakat, saya mendapat ilmu baru yang boleh dikongsi bersama-sama anda. Sebelum saya bercerita, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai apa itu autisme..

Apakah yang dimaksudkan dengan kanak-kanak autisme?
Autisme adalah gangguan otak yang telah mempengaruhi perkembangan mental seseorang kanak-kanak tersebut. Mereka yang mempunyai masalah autisme mempunyai masalah komunikasi untuk berinteraksi dengan orang lain. Mereka mempunyai masalah pertuturan disebabkan saraf sosial tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana kanak-kanak tersebut suka hidup bersendirian dan tidak gemar bersosial dengan orang lain. ini kerana mereka suka kehidupan di dunia khayalan. Uniknya, mereka mempunyai dunia mereka sendiri, berimaginasi pelbagai pelkara yang kadangkala kita tidak jangkakan! Mereka juga tidak fokus terhadap percakapan kita dan tidak boleh bertentangan mata apabila berkomunikasi. Hidup kanak-kanak ini adalah rutin (melakukan tingkahlaku secara berulang-ulang kali) Walaupun mereka mempunyai masalah sosial dan komunikasi, namun kanak-kanak ini boleh dibentuk dan diajar tingkahlaku positif sedari kecil kerana hidup mereka adalah rutin. Autisme mempunyai tahap-tahap tertentu; Autisme yang teruk, sederhana dan ringan.


1. Autisme yang teruk: kanak-kanak autisme yang teruk agak sukar untuk dikawal, mereka tidak dapat bertutur langsung dan mata yang tidak dapat fokus dengan baik. Mereka juga akan menjerit tanpa diketahui sebabnya dan merayau-rayau tanpa arah tujuan..Untuk mengelakkan perkara ini, pendidikan perlu diterapkan terhadap mereka sedari kecil lagi. Ibubapa perlu memastikan mereka mendengar arahan dan melakukan tingkahlaku positif kerana penyakit autisme boleh dikurangkan dengan cara komunikasi dengan orang-orang disekilingnya.
2. Autisme Sederhana: kanak-kanak ini juga tidak boleh bertutur dengan baik, namun kita masih boleh berkomunikasi dengannya walaupun dengan tidak bertentangan mata. Mereka mempunyai tahap pendengaran yang tajam dan mudah menghafal sesuatu perkara yang didengar atau dilihat. Jika mereka boleh menguruskan diri dengan baik, mereka boleh dihantar ke sekolah untuk proses pembelajaran kerana mereka boleh belajar sesuatu yang baru. Walau bagaimanapun, mereka juga akan seringkali menjerit-jerit tanpa sebab. Keadaan ini berlaku kerana masalah pertuturan dan komunikasi. Mereka akan menjerit apabila inginkan sesuatu barang atau benda, maka kita sebagai orang yang normal perlu sentiasa peka dan memahami tingkahlakunya. Kepakaran orang sekeliling memahami keperluan anak-anak ini akan menjadikan hidup mereka teratur.
3. Autisme Lemah/ ringan: Kanak-kanak ini mempunyai sikap tidak suka bersosial dan suka berkhayal seorang diri. Autisme hanya boleh dikurangkan dengan kebijaksanaan orang-orang disekelilingnya. Mereka perlu sentiasa dibimbing dan komunikasi berkesan membantu mereka daripada mudah berkhayal dengan dunia sendiri.

Terdapat beberapa tanda yang biasa berlaku untuk mengesan kanak-kanak autisme. Jika daripada segi fizikalnya kita mungkin sukar melihat kerana kanak-kanak ini mempunyai bentuk fizikal normal dan kebanyakan yang saya pernah jumpa kanak-kanak ini sangat cantik dengan kulit yang gebu, putih dan bersih. Mereka juga boleh dikategorikan sebagai kacak dan cantik. Anda mungkin sukar dan tidak mempercayai mereka mempunyai masalah jika dipandang pada rupa paras! Subhanallah, maha suci Allah menjadikan manusia dengan pelbagai rupa dan keadaan. Antara tanda-tanda yang boleh dilihat adalah:

1. Semasa kecil: Kanak-kanak ini mempunyai proses tumbesaran yang tidak mengikut perkembangan yang betul. Kadang-kadang bayi akan terus berdiri tanpa melalui proses merangkak dan sebagainya.. Ini menunjukkan mereka mengalami tanda-tanda autisme, maka bakal-bakal ibu sepatutnya mengambil berat dengan proses perkembangan anak-anak anda, jika masalah ini berlaku, anda seharusnya bertindak pantas untuk mendapatkan informasi berkaitan masalah autisme. ini kerana, saya mendapati kanak-kanak ini terabai dan sukar dibentuk kerana ibubapa yang tidak alert dengan perkembangan anaknya dan tidak mempunyai pengetahuan tentang masalah autisme ini.

2. Kanak-kanak: Mereka tidak suka disentuh, didukung atau tidak mempunyai hubungan mata yang baik dengan ibubapa dan orang sekelilingnya. Mereka juga tidak bertindakbalas terhadap bunyi atau panggilan nama, dan seolah-olah tidak mendengar (namun, mereka bukan pekak atau mempunyai masalah pendengaran). Mereka tidak bercakap dan menggunakan bahasa yang salah, menyebut perkataan secara berulang-ulang, menyebut kembali apa yang orang perkatakan dan tidak dapat membina ayat dengan baik. Sekiranya mereka menjumpai sesuatu barang, mereka akan memutar-mutar barang tersebut (ada juga kanak-kanak ini yang suka melihat benda yang berputar seperti kipas angin, roda dan sebagainya). Ini berkemungkinan mereka boleh berkhayal sekiranya melihat benda-benda sedemikian. Selain itu, mereka juga suka bermain dengan alat-alatan kegemaran di tangan, dan tidak boleh diganggu.

Bagaimana membantu kanak-kanak autisme:
Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa tingkahlaku memaksa dan terapi bahasa boleh membantu sesetengah kanak-kanak autisme. Tiada ubat khusus untuk merawat autisme itu sendiri tetapi perubatan juga boleh membantu beberapa gejala autisme seperti tingkahlaku agresif atau tidak dapat tidur. Perbincangan dengan pakar-pakar peruubatan boleh membantu anak-anak anda tentang rawatan terbaik untuk mereka. Kanak-kanak autisme boleh dikurangkan penyakitnya tetapi ia tidak boleh diubati. Sesetengah kanak-kanak boleh mengurangkan autisme apabila mereka sudah matang. Kemahiran bahasa kanak-kanak juga boleh ditingkatkan dengan komunikasi yang kerap dengan orang-orang disekelilingnya. Tahap intelektual mereka akan menjadi lebih baik sekiranya ramai orang-orang disekelilingnya peka dengan perkembangannya. Kaedah memaksa banyak dilakukan di sekolah untuk memupuk perkara positif dalam diri mereka. Mereka boleh menjadi insan yang baik sekiranya kita boleh mengatur rutin kehidupan seorang autisme..Mari sama-sama kita menerokainya, semoga bermanfaat untuk semua!Insyaallah..

Anda mungkin mempunyai pendapat sendiri, nyatakan pendapat anda dengan kanak-kanak autisme. Kongsikan bersama supaya kita dapat membantu kanak-kanak ini membesar dengan baik. Mempelajari dunia kanak-kanak autisme adalah sangat menarik bagi saya, satu perkataan yang kita ajarkan menjanjikan satu kepuasan dalam diri kita..Learning autisme is a lot of fun!







untuk maklumat lanjut, sila layari:
http://www.righthealth.com/topic/What_Is_The_Autism/overview/FamilyDoctor20_s # ixzz1TXr4XGJ8 




~Hidup ini satu anugerah~

No comments:

Post a Comment