Welcome

Tuesday 19 July 2011

Working life and Emotion


Sungguh penat bila seharian kita bekerja, memerah keringat, memerah idea untuk mencari sesuap nasi. Dunia pekerjaan merupakan dunia penuh dengan kegembiraan sekiranya anda bekerja dengan penuh dedikasi, memupuk emosi..ya,memupuk emosi yang kian jauh ditelan arus dunia moden! Berbicara mengenai emosi, penulis sangat teruja untuk mengaitkan ia dengan tingkahlaku manusia yang perlu dibentuk sedari kecil. Bayangkan, jika anda berada di alam kanak-kanak yang penuh dengan dunia emosi yang tidak stabil, apakah anda akan merasakan ianya sebagai menjadi titik tolak dalam kehidupan anda sekarang? memang tidak dinafikan, fitrah manusia saling memerlukan kasih sayang..bukan sahaja kanak-kanak malah remaja, dewasa dan orang tua. Hakikatnya emosi berkait rapat dengan kehidupan bekerja individu itu sendiri..Bayangkan anda bekerja dengan penuh kejujuran, tetapi Boss anda memberi tindakbalas yang negatif terhadap kerja anda. Apakah anda dapat menerima kenyataan itu? Semestinya anda akan merasa marah, tertekan dan sakit hati. Pepatah ada menyatakan bahawa, "ikut hati..mati. ikut rasa..binasa"..
"A small voice that took my taste,
Give me a life that is no meaning ..
Every day I was complaining groan in darkness,
Whatever sin that I was given a test in this way,
Creator's greatest designer,
Thats black and white with various colors of life ...
Chin up kid looking for the light alone,
Love a joy ride ever disappear .. "


No comments:

Post a Comment