Welcome

Sunday 15 April 2012

TABAH, SABAR ITU KUNCI IMAN

Ketabahan: Manusia yang tabah akan mendapat ganjaran yang hebat daripada Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib hambaNya melainkan manusia itu yang berubah dan meningkatkan potensi diri.

Kesabaran: Kesabaran juga kunci kejayaan setiap insan. Tanpa SABAR, manusia akan meletakkan diri mereka sama dengan haiwan kerana tiada bezanya dengan haiwan yang tiada akal untuk berfikir dengan logik dan mengekang nafsu. Sabar itu separuh daripada IMAN. Seseorang yang tidak mempunyai nilai sabar boleh berbunuhan sesama sendiri, tidak mengira kaum keluarga, rakan baik mahupun kanak-kanak. Akal mereka telah hilang kerana nafsu amarah yang bermaharajalela. Orang yang tidak sabar bersahabat dengan syaitan yang gembira melihat umat manusia tenggelam dengan percakaran sesama sendiri.

Kekuatan Iman: Ramai manusia meletakkan dirinya dalam peringkat lemah iman, bukan kerana mereka lemahnya iman! Mereka melakukan perkara buruk dan mengerjakan maksiat siang dan malam kerana mereka mengganggap diri mereka sememangnya lemah iman. Apabila sudah terhantuk akan ada yang memberi alasan "lemahnya iman aku..nipisnya iman aku.."
Meletakkan iman itu sebagai lemah dalam diri individu itu adalah satu ketidakwajaran..kerana jika sudah mengetahui iman anda lemah, kenapa mesti melalui tempat yang boleh menjatuhkan anda. Itulah kebodohan melemahkan iman dalam diri sendiri.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal..





~Hidup ini satu anugerah~

2 comments:

  1. Imam al-Ghazali menghuraikan bahawa sabar ialah sifat yang membezakan di antara manusia dan haiwan dalam hal menundukkan hawa nafsu. Barang siapa yang tetap tegak bertahan sehingga dapat menundukkan hawa nafsu dengan terus-menerus, maka orang itu termasuk dalam golongan orang yang sabar.

    ReplyDelete
  2. Imam al-Ghazali menghuraikan bahawa sabar ialah sifat yang membezakan di antara manusia dan haiwan dalam hal menundukkan hawa nafsu. Barang siapa yang tetap tegak bertahan sehingga dapat menundukkan hawa nafsu dengan terus-menerus, maka orang itu termasuk dalam golongan orang yang sabar.

    ReplyDelete