Welcome

Thursday 21 July 2011

Categories of Special Education (learning disabalities)


Terdapat pelbagai kategori bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran. Antaranya ialah sindrom down, autisme, slow learner, ADHD (Attention Defisit Hiperactivity Disorder), terencat akal, Disleksia, speech development delay, dan lain-lain. Masalah tersebut akan mengakibatkan kanak-kanak tidak dapat belajar seperti kanak-kanak normal yang lain kerana mereka memerlukan modul pembelajaran khas yang membantu meningkatkan kefahaman dalam proses pembelajaran. Modul-modul yang dihasilkan tidak sama seperti modul pendidikan kanak-kanak di aliran perdana kerana telah diubahsuai sesuai dengan keupayaan mental kanak-kanak ini.




Melalui pemerhatian penulis, bidang pendidikan amat perlu dititikberatkan kerana kanak-kanak istimewa perlu diberi pendidikan sewajarnya sesuai dengan kemampuan diri mereka. Pendidikan Khas Integrasi di Malaysia telah membuka peluang kepada semua kanak-kanak untuk menikmati pendidikan selaras dengan akta-akta pendidikan yang dikeluarkan. Objektif utama pendidikan khas diberikan kepada mereka adalah untuk mengajar kanak-kanak tersebut berdikari, pengurusan tingkahlaku, dan apa jua bidang demi masa depan mereka.




Dahulu, kebanyakan ibubapa masih tidak memahami keperluan pendidikan bagi kanak-kanak pendidikan khas kerana mereka menganggap anak mereka sudah tidak dapat diajar disebabkan masalah mental. Ada diantara mereka yang malu dengan keadaan anak-anak mereka yang tidak seperti kanak-kanak lain dan sanggup mengurung anak-anak di dalam rumah tanpa mendedahkan mereka kepada dunia luar.






No comments:

Post a Comment