Welcome

Friday 26 August 2011

Kreativiti dan Anak-Anak Khas

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sudah lama saya tidak menulis dalam blog ini,. Bukan kerana tiada isu tetapi kesuntukan masa yang menjadikan saya tidak boleh menumpukan kepada bidang penulisan yang saya sangat sukai. Pertama kali saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana sudi menjadikan isi kandungan blog saya sebagai ilmu untuk dikongsikan. Terima kasih kerana memberikan saya kredit untuk masa hadapan saya sebagai pelaburan dunia dan juga akhirat. Sedikit ilmu yang dimanfaatkan akan memberi pulangan dalam diri kita di alam sana, insyaallah..

Baiklah, sekarang berbalik kepada tajuk kita >>>>KREATIVITI ANAK-ANAK KHAS<<<< Menarik untuk saya kongsikan bersama anda.
"Kreativiti? Apalah sangat yang budak-budak ni tahu buat..belajar pun susah dapat, macamana nak survive?"
inilah yang saya jangkakan terdetik dihati mereka yang kurang peka dengan alam persekitaran..kenapa saya berkata sedemikian? kerana mereka belum lagi merdeka (amboiii..cakap tentang merdeka, mentang-mentang beberapa haro lagi nak sambut merdeka.^_^)

Memang benar, terdapat ramai manusia yang menidakkan kebolehan seseorang itu. Sedangkan ada guru yang masih tidak dapat menerima kanak-kanak khas ini (bukan guru pendidikan khas ye..). Saya katakan ini berdasarkan pengalaman saya. Terdapat mereka yang kurang prihatin, tidak suka atau lebih tepat "tidak tahan" dengan murid-murid pendidikan ini. Maka, mereka menafikan kebolehan anak-anak khas yang kita sedia maklum kurangnya motivasi dalam diri mereka. Anak-anak khas selalunya mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah, mereka merasa rendah diri untuk bergaul dengan masyarakat luar. Malah, ada yang menggelar mereka sebagai orang cacat..Jika anda berpendapat sedemikian, anda sebenarnya SALAH! Kanak-kanak aliran perdana (aliran normal) sering ditakutkan dengan kelas pendidikan khas, itu adalah normal, untuk memberikan motivasi kepada anak-anak lain belajar dan tidak masuk kelas pendidikan khas..^_^

Tahukah anda dunia pendidikan khas sangat menyeronokkan? Saya ingin kongsikan bersama anda, namun masa membataskan penulisan ini. Maka, sekian dulu daripada saya. Sehingga berjumpa lagi pada masa akan datang. Kita membincangkan tentang "Dunia Pendidikan Khas Yang Menyeronokkan"..Insyaallah
Wassalam.
~Hidup ini satu anugerah~

Sunday 14 August 2011

Manfaatkan Ramadhan Anda!!










~Hidup ini satu anugerah~

Menjana Minda Kanak-kanak Istimewa...Part 2

Apakah kaitannya sistem otak manusia dengan minda kanak-kanak? Otak kanak-kanak sentiasa berkembang dari semasa ke semasa, bukan membesar ya..^_^ kerana perkembangan otak manusia itulah, maka wujud perkataan baligh (cukup umur bagi seseorang muslim). Bagaimana dengan seseorang yang mempunyai otak yang tidak dapat berkembang dengan baik? Menurut kajian, perkembangan otak kanak-kanak Sindrom down adalah terlewat beberapa tahun daripada kanak-kanak normal. Benarkah? Semua ini hanyalah kajian para saintis dalam perubatan dan dibuktikan terhadap kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak tersebut.


Usah risau dengan perkembangan anak-anak anda yang sememangnya dilahirkan atas anugerah yang tidak terhingga kepada anda. Tingkatkan semangat bahawa kelewatan perkembangan akal kanak-kanak adalah satu anugerah Allah menguji anda. Dan ingatlah, Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang berat melainkan Dia mengetahui hambaNya boleh menghadapi situasi tersebut. Maka, anda perlu memainkan peranan mencari sumber-sumber yang boleh membantu perkembangan minda anak-anak anda. Berikut merupakan cadangan yang saya boleh berikan kepada anda mengenai perkembangan otak anak-anak berkeperluan khas ini:

1. Perkembangan Sosial
2. Pemakanan
3. Terapi-terapi 
4. Pertuturan
5. Tingkahlaku

Bermula daripada perkembangan sosial, anda dapat mengadaptasikan kelima-lima perkara ini dan anda perlu anda fokuskan satu persatu supaya minda kanak-kanak ini menjadi lebih proaktif..Anda mungkin sudah membaca kisah anjing malang yang bernama Faith bukan? Sekalipun binatang juga boleh dilatih dan diberikan semangat motivasi, apakah anak-anak kita tidak boleh?Anda juga mungkin pernah membaca kisah-kisah hebat mereka yang kekurangan bentuk fizikal tetapi mampu memberikan kejayaan cemerlang tanpa simpati manusia sekeliling..Apa yang penting adalah sokongan padu dan usaha daripada anda yang berada di sekeliling mereka. 

Saya tidak menyamakan kanak-kanak istimewa dengan binatang, tetapi kita harus belajar daripada keupayaan binatang yang boleh berjaya menjadi cemerlang. Mampukah kita?

Setakat ini sahaja penulisan saya pada hari ini. Semoga bertemu lagi dalam kupasan mengenai 5 faktor yang menghubungkait perkembangan otak kanak-kanak, tidak mengira yang berkeperluan khas, mahupun kanak-kanak yang dilahirkan normal. Nantikan post "Menjana Minda Kanak-kanak Part 3". 

Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk jadikan sempadan kerana ia datang daripada saya sendiri..Wallahualam.


~Hidup ini satu anugerah~

Menjana Minda Kanak-kanak Istimewa...Part 1

Alhamdulillah..
Hari ini kita berpeluang bertemu lagi dalam dunia blog. Berbanyak kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana mengurniakan umur untuk terus saya bernafas memanjangkan tinta khayalan..^^,
Hari ini saya ingin membicarakan mengenai minda manusia. Minda manusia sudah pasti akan dikaitkan dengan sistem otak yang memberikan akal kepada manusia. Sistem otak (brain structures) sebenarnya terbahagi kepada 4 struktur;

1. Cerebrum (bahagian terbesar dalam otak manusia)- terbahagi pula kepada 4 lobus;

* Frontal Lobe (berfungsi sebagai penaakulan, perancangan, bahagian pertuturan, pergerakan, emosi dan penyelesaian masalah)
* Parietal lobe (pergerakan, orientasi, pengiktirafan (recognition) dan persepsi rangsangan
* Occipital lobe (berkaitan pemprosesan visual)
* Temporal Lobe (berkaitan persepsi dan recognition rangsangan audotori, memori dan pertuturan)



2. Cerebellum (juga disebut sebagai "little brain" atau otak kecil..^_^ Struktur ini berkaitan dengan peraturan dan penyelarasan pergerakan, postur dan kira-kira. Cerebellum ini dikatakan lebih tua oleh para saintis, untuk keterangan lanjut sila lawati:http://serendip.brynmawr.edu/bb/kinser/Structure1.html

3. Sistem Limbic (dirujuk sebagai "otak emosi" dan dijumpai tertanam di dalam serebrum. Seperti cerebellum, struktur evolutionarinya agak lama.Sistem ini mengandungi Thalamus, hipotalamus, amygdala dan hippocampus.

Penerangan tentang otak manusia ini adalah sebagai mukadimah (permulaan) untuk saya membincangkan tentang bagaimana kanak-kanak boleh menjana minda mereka menjadi manusia yang hebat tidak mengira status anak anda tersebut.
Anda boleh google perkataan-perkataan yang tidak dinyatakan maksudnya kerana saya hanya menerangkan dengan serba ringkat sebagai permulaan hubungkait otak manusia dengan tingkahlakunya kanak-kanak khas.



~Hidup ini satu anugerah~

Friday 12 August 2011

Kisah "Faith" Si Anjing Tabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Baru-baru ini saya berkesempatan membaca satu aktikel di satu majalah Nur mengenai kisah seekor anjing yang dilahirkan cacat, hanya mempunyai 3 kaki dan ini bukan sesuatu yang normal bagi seekor anjing..Anjing ini kemudiannya bakal dibunuh oleh tuannya yang tidak sanggup melihat anjing ini hidup dalam keadaan yang sukar. Namun, dengan takdir Allah, anjing yang malang ini masih dipanjangkan umur kerana telah dijumpai oleh seorang kanak-kanak kecil, Jude yang budiman dan berhati mulia. Kanak-kanak tersebut membawanya pulang dan menyatakan rasa kasihan dan ingin membelanya..Si ibu sungguh terharu dan membersihkan "Faith" lalu memberi makan dan menjaganya dengan baik..

Permulaan kehidupan Faith memang sukar kerana dianugerahkan 3 kaki sahaja,.Bagaimana mungkin Faith boleh berjalan dengan 3 kaki? Satu daripada kakinya mengalami masalah dan terpaksa dipotong. Tinggallah 2 kaki yang bakal menjadi aset baginya. Namun, si anjing Faith ini tabah dengan kurniaan yang diberikan olehNya..Maka, keluarga yang budiman tersebut mengajar dan melatih Faith untuk boleh berjalan menggunakan 2 kaki sahaja..Anda boleh membayangkan Faith boleh berjalan seperti seorang manusia. Bermula dengan skateboard, Faith belajar berjalan dengan latihan oleh tuannya, Jude..
Alhamdulillah..Akhirnya, Faith dapat berjalan seperti manusia. Ia sesuatu yang menakjubkan bukan? Seekor yang punya 2 kaki bisa berjalan seperti manusia.. Sejak daripada itu, kisah Faith si anjing tabah ini tersebar ke seluruh pelusuk dunia, dan yang paling memilukan hati..Faith telah menjadi inspirasi dalam meningkatkan motivasi tentera pasukan Inggeris untuk meneruskan kehidupan kerana kecacatan yang dialami dalam peperangan. Sang pemilik anjing, Jude Stringfellow menyatakan bahawa Faith memberi inspirasi kepada orang-orang muda kerana mereka menjadi begitu emosional apabila berhadapan dengan Faith..Masing-masing terharu dan tidak terkata dengan apa yang dicapai oleh seekor binatang bernama Faith itu..

"Dia (Faith) menunjukkan apa yang dapat dicapai terlepas daripada rintangan (kekurangan) yang besar"- ujar Jude Stringfellow saat ditemui di Oklahama City.

Kisah anjing ini memberi kesedaran kepada saya betapa kita memerlukan motivasi untuk terus hidup..Bagaimana orang-orang di sekeliling kita boleh membantu memberikan kita inspirasi dan begitu jugalah dengan nasib anak-anak khas yang kita miliki..

Apabila Allah berkata.."Jadilah! Maka jadilah ia.." kun fayakun...Anugerah kita lebih baik daripada Faith si anjing tabah ini. 



~Hidup ini satu anugerah~

Wednesday 10 August 2011

Effectiveness of Special Needs Education Program in Malaysia



Salam alaik! Bertemu lagi di pagi yang mulia ini..Saya punya kurang waktu untuk mengemaskini blog ini. Masa yang tidak mengizinkan membuatkan saya melakukan kerja dengan lebih cepat dan waktu malamnya masa untuk merehatkan diri. Namun, saya tetap mengambil kesempatan membaca beberapa artikel yang mengaitkan dengan Pendidikan Khas di Malaysia. Pagi tadi saya terjumpa sebuah artikel yang mengaitkan dengan keberkesanan Pendidikan Khas di Malaysia yang diketuai oleh Prof. Aminah Ayob dari Fakulti Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Saya ingin berkongsi dengan anda tentang perkara ini. Berikut merupakan objektif penyelidikan ini dihasilkan. Saya telah menyalin kembali tanpa sebarang ubah dari laman: http://www.researchsea.com/html/article.php/aid/846/cid/6/research/effectiveness_of_special_needs_education_program_in_malaysia.html

Effectiveness of Special Needs Education Programs in Malaysia
This research aims to evaluate the effectiveness of the integration-inclusion programme offered by the Ministry of Education for students with learning difficulties (LD). The ultimate goal is to improve and provide quality education for children with special needs.
The Effectiveness of Integration-Inclusion Special Education Program in Malaysia

Project Leader
Prof. Aminah Ayob
School of Educational Studies, 11800 USM
Penang

This research aims to evaluate the effectiveness of the integration-inclusion programme offered by the Ministry of Education for students with learning difficulties (LD). The ultimate goal is to improve and provide quality education for children with special needs.

There are about 768 special education integration programs in the primary and secondary schools in Malaysia. About 1348 respondents participated in this research.

This research aims to:
(i) evaluate the teaching-learning process
(ii) evaluate the curriculum and Individual Education Program (IEP)
(iii) elicit the school administrators, teachers, and parents’ opinion regarding the effectiveness of the program
(iv) evaluate the learning infrastructures and facilities
(v) analyze the benchmark of an effective program.

The result of this research will help the Special Education Department in their strategic planning to extend and improve the integration-inclusion programs for students with learning difficulties in Malaysia.



insyaallah..saya akan kupas satu persatu tentang kajian yang dilakukan oleh Prof. Aminah ini dan kongsikan bersama anda. Semoga berjumpa lagi pada artikel seterusnya.


~Hidup ini satu anugerah~

Saturday 6 August 2011

Bekam Lintah Pengubat Autisme?

Baru-baru ini saya terlihat satu iklan yang ditayang di tv3 mengenai Bekam Lintah..melihat keadaan lintah yang hitam dan besar itu sangat mengelikan saya.

Prolog:
Kehidupan kanak-kanak saya bermula di sebuah kampung yang indah dikelilingi sawah padi yang menghijau, maka lintah tidak asing bagi saya kerana binatang itu pernah menghisap darah saya ketika saya masih kecil. Menjerit dan melompat bukan kepalang kerana terasa sangat geli apabila digigit lintah. Walaupun saya tidak berada di dalam sawah (nama saja tinggal di tepi sawah, tapi tidak pernah masuk sawah pun sebab nanti kena marah dek ayah)..Namun, saya tidak pasti bagaimana lintah itu boleh berada di kaki saya dan menghisap darah saya tanpa izin. Kebetulan waktu hujan dan musim lembab, maka lintah tersebut merayap di atas rumput. Mujur ada abang yang membantu membuang lintah tersebut. Kenangan yang menggelikan itu masih terpahat dalam ingatan saya. Kalau sekadar pacat saya tidak kisah sebab memang selalu kena gigit pacat time kecil-kecil dulu. Tapi kalau sekarang memang terasa geli..pelik bukan, zaman kanak-kanak semuanya indah, tiada perasaan takut, resah dan gelisah. Sungguh berbeza dengan kanak-kanak zaman sekarang..^_^
Baiklah, jika diimbau kenangan saya sebagai anak kampung tidak habis untuk dicoretkan di sini..Mari kita lihat apa keistimewaan lintah yang saya tidak terfikir tentang kebaikannya kepada kita malah kepada anak-anak berpekerluan khas:

Apa itu Lintah?
Berikut merupakan definisi yang saya ambil terus daripada wikipedia, apakah binatang lintah itu..Anda boleh baca dengan teliti kehidupan lintah yang mempunyai bentuk yang unik dan ditakuti ramai ini:
Lintah ialah haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan. Seperti golongan Oligochaeta, lintah menampakkan anggota klitelum (bahagian kelenjar yang membengkak pada kulit anelid, misalnya cacing tanah, yang merembes kokun dan bahan nutrien untuk embrio.). Lintah merupakan haiwan hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) seperti cacing.
Sesetengah jenis lintah mempunyai kegunaan dalam perubatan menghisap darah sejak ribuan tahun dahulu, tetapi kebanyakan lintah tidak menghisap darah. Lintah penghisap darah berhinggap pada perumahnya sehingga kenyang, selepas itu turun untuk menghadam makanan. Badan lintah terdiri daripada 34 segmen. Penghisap anterior (mulut) terbentuk pada enam segmen terhadapan badannya, yang digunakan untuk beraput pada perumah, sambil mengeluarkan bendalir bius agar perumah tidak merasa hinggapan lintah. Lintah mengeluarkan campuran mukus dan lekapan dari otot-otot sepusat di keenam-enam segmen tersebut agar terus berpaut dan merembeskan enzim pencegah pembekuan darah dalam sistem darah perumah..

Saya rujuk laman ini~~~~http://ms.wikipedia.org/wiki/Lintah
wah..melihat kepada perangai lintah ini, saya dapat samakan dengan kehidupan nyamuk dan pacat yang mempunyai tabiat yang sama iaitu penhisap darah. Saya juga pernah mendengar nyamuk itu juga menghisap darah kotor kita..Hebatnya ciptaan Allah! Dia menciptakan setiap benda itu ada manfaatnya tersendiri..Jangan pulak membiak nyamuk aedes ya, karang anda terkena denggi, malaria..siapa yang susah?hehee..

Terapi Lintah:
Menurut sumber yang boleh dipercayai..saya mendapat informasi berkaitan terapi lintah ini agak lewat, berbanding zaman kecil saya..apabila ramai bercerita mengenai keistimewaan lintah, saya sangat teruja walaupun perasaan geli itu tidak pernah hilang sehingga sekarang. Bila rasa sakit kepala, terasa ingin mencari lintah supaya boleh menggigit membuang darah kotor dalam kepala saya..agaknya apa rasanya? Terapi lintah digunakan dalam pengubatan tradisional cina (orang cina juga yang memulakannya ya?) Penggunaan lintah untuk membuang darah kotor ini dikaitkan dengan perubatan kuno (terdapat lukisan lintah sebagai ubat di makam firaun..entah betul atau tidak, saya pernah membacanya di sebuah laman sesawang..Terapi lintah dalam kedoktoran Yunani boleh diperolehi dalam puisi Alexipharmacia oleh Nicandros (siapa ni?mungkin masyarakat zaman firaun, cuba anda google,hehe). Bagi Doktor Romawi Galen, Terapi lintah diklasifikasikan sebagai metode untuk mencapai keseimbangan kesihatan. Ibnu Sina (Pakar perubatan Islam) menggunakan lintah untuk bantuan penyembuhan (Ibnu Sina pun kenal lintah ya..hebat!). Lintah pada zaman dulu sudah terbukti menjadi perawatan yang paling efektif dalam banyak usus, berguna untuk perawatan sewaktu pertempuran. Rupa-rupanya negara-negara Eropah abad 18 dan 19 pernah mengimport lebih 100 juta lintah setiap tahun untuk memenuhi permintaan yang tinggi..(alangkah ruginya kita sudah terlewat dalam bidang ini, padahal kita dikelilingi oleh lintah-lintah..tidak termasuk lintah darat la..). Pada masa sekarang, lintah digunakan untuk rawatan kecantikan, meningkatkan sirkulasi otak (ini sesuai untuk autisme agaknya...) dan rawatan ketidaksuburan..kredit untuk laman ini, anda boleh mendapat lagi info di: http://evialfadhl.wordpress.com/2010/08/30/manfaat-terapi-lintah/
 Lintah berbeza dengan pacat, pacat 5x kecil daripada lintah dan menghisap darah dalam masa yang singkat
 Apabila lintah menggigit itu sudah kenyang, badannya akan menjadi gemuk dengan darah dan kemungkinan lintah itu akan jatuh tergolek. 

Sekadar Gambar Hiasan
Banyak yang saya dapat hasil daripada pembacaan tentang terapi lintah. Saya mengangkat harga lintah disebabkan oleh terdapat media yang memberi informasi tentang penyakit autisme yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas yang dikatakan tidak dapat disembuhkan..Saya pernah membaca satu ayat.."tiada penyakit yang tiada ubatnya, kecuali kematian.." 
Anda yang mempunyai anak-anak autisme, diharap tidak berputus asa dalam mencari penawar untuk mengurangkan atau menyembuh anak anda. Saya percaya, apabila Allah berkata..Jadilah! maka jadilah ia..."kun fa ya kun"

Berikut merupakan khasiat terapi lintah yang saya dapati melalui pembacaan, pemerhatian dan cakap-cakap orang..Apa yang baik jadikan pedoman, apa yang buruk kita hindarkan..untuk membuat terapi lintah juga bukan sembarangan..kalau anak-anak anda kecil sangat jangan pula diletakkan lintah 16 ekor, habis lah darahnya..ikut saluran yang betul semoga Allah membantu anda. Insyaallah..^_^










~Hidup ini satu anugerah~

Wednesday 3 August 2011

Lihat, Baca, Dengar, Rasa dan Fikir

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada!
P/s: INILAH BEZANYA ORANG YG "PANDAI" DENGAN ORANG YG"FAHAM". ~ SUBHAN'ALLAH.


Copy from: Note fb


~Hidup ini satu anugerah~

Masa Lapangku

Baru-baru ini saya bersama dua orang rakan mengatur program untuk mengisi masa lapang di bulan puasa. Mula-mula saya tidak begitu tertarik dengan cadangan rakan memandangkan masa yang tidak mencukupi dengan kepenatan luar biasa yang dilalui saban hari. Namun, hati saya tetiba terdetik untuk sama-sama mengambil kursus jahitan. Daripada membuang masa dengan tidur di tengah hari, baik saya menambah pahala dengan menuntut ilmu,.dapat juga saham kan? Hampir tidak percaya kerana saya kurang minat terhadap benda yang remeh dan temeh ini. Ini disebabkan hati saya yang cepat bosan. Sungguh sukar untuk mendatangkan fokus dalam diri saya.hehee..Namun, berkat niat yang ikhlas, saya memberanikan diri mengambil kursus jahitan ini. Ini merupakan catatan hari pertama saya mengikuti kelas asas jahitan:

Hari Pertama (2 Ogos 2011 bersamaan 2 Ramadhan 1432H)
Dengan bayaran serendah RM15 untuk pendaftaran, saya begitu teruja apabila sampai di tempat kejadian. Dengan mesin yang besar2, hebat dengan bilik yang penuh dengan mesin jahit elekrik hampir 20 buah kesemuanya. Memang saya sangat teruja disebabkan tidak pernah menggunakan mesin jahit elektrik (sebelum ini pakai mesin jahit biasa aja)..Kami tiba lewat 15min. Kelas bermula jam 2 petang - 4.30ptg (Bulan Ramadhan) dan kalau hari biasa 2-5ptg.. Akal berputar2 kerana memikirkan masa yang agak panjang untuk dihabiskan di kelas itu, namun saya positifkan semula pemikiran saya. Untuk menuntuk ilmu, saya perlukan pengorbanan! Insyaallah ilmu ini akan saya manfaatkan untuk mereka yang ingin mempelajari. Sekadar suka-suka sahaja dan jika ada tempahan daripada keluarga, saya sanggup! (amboi2...sudah berangan panjang pula..) Kelas jahitan pun belum bermula.
Hari pertama kami diberi ilmu menjahit "mata lalat".. sebelum ini saya zero dengan ilmu yang sangat kurang tentang jahitan. Nama-nama jahitan pun saya tidak tahu, apatah lagi hendak mengenalinya. Zaman sekolah saya tidak didedahkan dengan perkara sebegini rupa, tapi anda mungkin tidak percaya saya mempunyai kemahiran menjahit baju kurung..Hanya baju kurung sahaja dengan cara jahitan yang kurang kemas.Belajar daripada emak masa sekolah menengah dulu2...(boleh la untuk pakai main2, tapi sekarang sudah malas dan bajunya asyik tempah sahaja,hehe)..Memandangkan saya memikirkan upah baju semakin meningkat, maka saya teringin juga belajar mana tahu bila hati sudah terdetik untuk tidak menempah lagi..doakan saya..^_^
ini la hasilnya... 

Saya terpaksa menjahit 5 barisan, sehinggak pukul 1.00pagi menyiapkannya, alangkah berusahanya saya..^_^


gambar kelabu ja...Mata lalat pun tidak nampak..

Tidak mengapa, teruskan berusaha semoga saya tabah mengikuti kelas jahitan ini. Insyaallah, boleh juga dimanfaatkan dengan mengajar kokurikulum di kelas pendidikan khas nanti. Anak-anak pendidikan khas ramai yang kreatif..Maka, untuk membentuk kekreatifan mereka, guru perlu menjadi lebih kreatif..Belajar menjahit, memasak dan segala bentuk kemahiran yang boleh meningkatkan kemahiran mereka apabila dewasa nanti, insyaallah..

Hari Kedua ( 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432H)
Hari ini adalah hari kedua saya ke kelas menjahit. Hari pertama ingatkan sudah boleh menjahit menggunakan mesin-mesin canggih itu, namun terpaksa pula menjahit bermula daripada jahitan tangan, "Mata Lalat" sudah berjaya habiskan..Hari ini saya menjahit jahitan yang agak sukar iaitu "Tulang Belut".. Aduh, siapakah gerangan yang mencipta nama jahitan ini? Sungguh kreatif dan sukar sekali, berpinar-pinar mata saya dengan rasa mengantuk dan bosan..Teruskan berusaha, esok cekgu hendak memeriksa..Insyaallah sudah siap saya poskan di sini, sama-sama kita menilai tulang belut itu..Walau bagaimanapun, saya merasakan jahitan "Tulang Belut" ini kurang sesuai untuk diajar di sekolah rendah kerana mata harus fokus berbanding "Mata Lalat"..Ini kerana murid-murid khas mempunyai daya fokus yang kurang. Namun, tidak dinafikan, ada sesetengah murid yang mempunyai tahap fokus yang tinggi mengikut minat masing-masing. Jika mereka mudah bosan, maka guru terpaksa menghentikan dahulu..Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit..
Ada kelapangan, saya akan update lagi tentang kelas jahitan saya..Wassalam.


~Hidup ini satu anugerah~