Welcome

Modul

Pembuka BicaraAssalamualaikum.
Kita selalu dengar...Manusia dan alam sekitar tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dijadikan Allah sebagai hiasan bagi seluruh kehidupan. Ia amat menakjubkan!
Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian persekitan mereka. Mereka akan bertanya dan terus bertanya sehingga mereka akan berpuas hati dengan jawapan orang-orang dewasa berikan. Kadangkala soalan-soalan mereka berulang-ulang dan agak lucu, dan mungkin soalan tersebut tidak terjangka oleh akal kita yang dewasa ini. 
Anda jangan terkejut jika saya katakan kanak-kanak akan menyimpan soalan tersebut sehingga bertahun-tahun sehingga jawapan yang mereka sepatutnya dapat 20 tahun yang lalu terjawab akhirnya. Mungkin soalan itu tersekat lalu hilang begitu sahaja, kemudian ia kembali berlegar pada 20 tahun akan datang..
Saya bagi contoh soalan berkaitan peribahasa..rata-rata kita tidak memahami sepenuhnya maksud peribahasa yang dipelajari, namun kerana tiada penjelasan yang terperinci murid sanggup menyimpan persoalan itu sehingga 20 tahun yang lalu!
Apakah anda faham dengan peribahasa ini?1. Harapkan pagar, pagar makan padi..(apa kaitan pagar hendak makan padi?)2. Lepaskan Batuk Di Tangga..(apa kaitan batuk dengan tangga?)
Saya mendapati ramai daripada kita yang tidak memahami sepenuhnya peribahasa tersebut, maka saya boleh membuat kesimpulan bahawa sejarah sudah menunjukkan bahawa persoalan perlu dijawab secepat yang mungkin supaya penjanaan minda kanak-kanak menjadi lebih cepat. Bukan perlu menunggu sehingga sebegitu lama untuk mendapatkan jawapan. Maka bagaimana hendak menyelesaikan masalah soalan yang berada diminda kanak-kanak untuk dikeluarkan sepenuhnya? Guru mesti ada jawapannya..Ibu bapa juga ada jawapannya..kerana kadang-kadang kanak-kanak tidak mempunyai keberanian untuk bercakap di hadapan guru, tetapi mereka mempunyai keberanian bercakap di hadapan ibu dan bapanya. Waktu inilah pembelajaran persekitaran itu bermula, alam kanak-kanak yang menyeronokkan!:)
Saya selalu bertanya soalan yang sama dengan kanak-kanak di sekeliling saya, mudah sahaja iaitu persoalan yang ringan-ringan. Berkaitan keluarga, hobi, masa lapang di rumah dan sebainya untuk menarik minat kanak-kanak untuk bercakap terutamanya ketika guru mengajar di sekolah. Sehingga murid akan bertanya kembali soalan kepada saya dan saya menjangkakan mereka akan merekod jawapan yang saya berikan untuk jangka masa yang lama.
Ibu bapa yang terlalu garang, terlalu sibuk dan terlalu mementingkan diri sendiri akan menjadikan anak-anak malas untuk bertanya tentang persoalan yang hadir dalam diri mereka. Mereka menganggap soalan-soalan itu remeh dan mengganggu kehidupan bekerja mereka. Jika anda mempunyai sikap sebegitu, ubahlah demi masa depan anak-anak anda. Sekalipun anda memberi jawapan tentang seekor semut yang menggigit anak-anak anda, jawapan anda akan lekat di minda mereka sehingga mereka dewasa.
Layanlah anak-anak anda dengan sabar, kerana disitulah bermulanya proses pembelajaran. Belajar dengan persekitaran itu lebih mudah kerana kelima-lima deria manusia berkongsi rasa dan bersatu di kepala..Maka..Perkembangan Kognitif anak-anak akan meningkat.


Natural Resource


Seorang rakan saya berkongsi pengalaman: "Semasa saya kecil saya dibesarkan dengan suasana persekitaran yang cukup menakutkan.Ayah saya sangat garang dan saya menjadi seorang yang pendiam kerana tidak dibenarkan bertanya dengan banyak. Walau bagaimanapun, secara normalnya saya bukanlah seorang yang sebegitu kerana saya boleh berbicara pelbagai benda dengan rakan-rakan saya dan ahli keluarga yang lain. sebagai hasilnya, saya membesar dengan tidak puas hati kerana saya akan dimarahi jika terlalu banyak bercakap atau bertanya. Ini telah menjadikan saya seorang yang terlalu rendah diri, tidak yakin dan pemalu di sekolah."
Saya juga pernah menerima nasib yang sama seperti rakan saya. Pendidikan ibu bapa kian berubah. Daripada kita yang mendengar kata, lahir anak-anak yang tidak mahu menerima pendapat ibu bapa lagi. Perkara ini amat membimbangkan sehingga saya berasa bersyukur dengan kehidupan lalu saya. Namun, sebagai ibu bapa, anda adalah pencorak kain putih yang Allah berikan. Maka jagalah sebaiknya, awasi mereka dan jadilah pembimbing mereka bukan menyalahkan mereka. Dunia sudah berubah. Jadikan alam sekitar sebagai wadah untuk anda mendidik anak-anak supaya mereka lebih berilmu. 

Anak-anak pendidikan khas juga perlu diberi peluang yang sama, lebih senang untuk anda mengaitkan pembelajaran dengan alam sekitar!
NATURE CARE.
Salam Sayang..Wassalam.