Welcome

Sunday 15 April 2012

TABAH, SABAR ITU KUNCI IMAN

Ketabahan: Manusia yang tabah akan mendapat ganjaran yang hebat daripada Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib hambaNya melainkan manusia itu yang berubah dan meningkatkan potensi diri.

Kesabaran: Kesabaran juga kunci kejayaan setiap insan. Tanpa SABAR, manusia akan meletakkan diri mereka sama dengan haiwan kerana tiada bezanya dengan haiwan yang tiada akal untuk berfikir dengan logik dan mengekang nafsu. Sabar itu separuh daripada IMAN. Seseorang yang tidak mempunyai nilai sabar boleh berbunuhan sesama sendiri, tidak mengira kaum keluarga, rakan baik mahupun kanak-kanak. Akal mereka telah hilang kerana nafsu amarah yang bermaharajalela. Orang yang tidak sabar bersahabat dengan syaitan yang gembira melihat umat manusia tenggelam dengan percakaran sesama sendiri.

Kekuatan Iman: Ramai manusia meletakkan dirinya dalam peringkat lemah iman, bukan kerana mereka lemahnya iman! Mereka melakukan perkara buruk dan mengerjakan maksiat siang dan malam kerana mereka mengganggap diri mereka sememangnya lemah iman. Apabila sudah terhantuk akan ada yang memberi alasan "lemahnya iman aku..nipisnya iman aku.."
Meletakkan iman itu sebagai lemah dalam diri individu itu adalah satu ketidakwajaran..kerana jika sudah mengetahui iman anda lemah, kenapa mesti melalui tempat yang boleh menjatuhkan anda. Itulah kebodohan melemahkan iman dalam diri sendiri.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal..





~Hidup ini satu anugerah~

Saturday 14 April 2012

Modul-Modul Pendidikan Khas

Akan Datang...
~Hidup ini satu anugerah~

Kembali Senyum..:)

Assalamualaikum..

Sudah lama saya tidak menghiraukan blog saya yang serba sederhana ini..Bermula saat ini, saya akan kembali aktif mengemaskini dan memasukkan maklumat yang boleh dikongsi bersama..bukan sekadar maklumat berkaitan pendidikan khas, namun saya akan berkongsi segala maklumat yang dirasakan penting bagi warga pendidikan, juga luar daripada bidang pendidikan..Blog ini juga dengan rasminya akan aktif semula bermula 23hb April nanti..Saya memilih tarih tersebut yang dirasakan tarikh yang sesuai untuk diri saya meningkatkan pengetahuan dan mengembalikan semangat. Tunggu dengan sabar ye..^_^
Semalam Adalah Sejarah Yang Tidak Boleh Dipinda,
Hari Ini Adalah Khayalan Yang Belum Nyata,
Esok Penentu Siapa Kita..Chaiyooo'



~Hidup ini satu anugerah~

Saturday 14 January 2012

Penawar Duka Tahun 2012

Di saat masa itu berlalu
kian pantas
keaiban memuncak sepanjang masa
tanpa kusedari
aku terjatuh lemah
terkejut dari mimpi panjang
terlena dalam dakapan rindu yang tidak sudah-sudah
hari ini..
aku bangkit kembali
mengharungi liku-liku lalu
semoga Allah memberiku kekuatan
membina azam baru
membina tekad utuh
bersepadu bersama angin baru
yang lebih segar dan mewangi
insyaallah..
selamat tahun baru 2012


~Hidup ini satu anugerah~