Welcome

Friday 23 September 2011

Rindunya Kanak-kanak Khas..Mari kenalpasti mereka

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Terasa lama tidak menjejaki laman informasi ini. Kesibukan dan kekangan masa menjadikan saya tidak berdaya untuk menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa. Alhamdulillah..Allah memberi kekuatan kepada saya untuk mencoret sesuatu pada malam ini.
Dua minggu yang lalu saya telah ditugaskan untuk menjadi pengawas peperiksaan di sebuah sekolah nun jauh di pedalaman. Penat dan terasa perit namun penuh dengan ilmu dan pengalaman. Seawal jam 6 pagi saya terpaksa memulakan tugas untuk memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar. Pengalaman melihat murid-murid mengambil peperiksaan merupakan sesuatu yang baru bagi saya. Sebelum ini saya pernah mempunyai pengalaman berada dalam suasana peperiksaan dan menjadi calon..Sekarang baru saya tahu mimik-mimik calon-calon peperiksaan ketika saat genting itu tiba. Jika dahulu terasa gementarnya, sekarang saya dapat lihat betapa gementarnya mereka (saya dapat rasakan). Dalam suasana yang sunyi sepi, pergerakan dan tingkahlaku kita sentiasa diperhatikan, bagai seorang pesalah..Namun, saya ingin berkongsi cerita sepanjang saya menjaga perjalanan peperiksaan tersebut. Saya menjadi pemerhati tetap selama 3 hari pada hari kejadian.
Hari pertama saya sudah dapat mengenalpasti seorang murid yang menjawab soalan peperiksaan dalam keadaan yang tidak begitu cemerlang. Ini kerana apa yang dapat saya perhatikan bahawa murid tersebut menjawab soalan dengan menandakan jawapan dahulu tanpa membaca soalan, berimaginasi ketika menjawab, tidur setelah 10 minit peperiksaan berlangsung dan yang paling menakutkan "senyum sorang2"..:) Agaknya anda dapat mengenalpasti masalah murid tersebut. Kemungkinan yang boleh kita rasakan adalah:
1. murid tersebut tidak tahu membaca
2. murid tersebut bosan
3. murid tersebut tersangat lah pintar (tak baca soalan pun tak apa, janji dah tanda,hehe)
4. murid tersebut mengantuk
5. murid tersebut suka kepada pengawas-pengawas peperiksaan (sebab suka senyum-senyum..agaknya laaa..haha)
6. murid tersebut tidak mendapat bimbingan guru dengan sebaiknya

Itu kesimpulan yang boleh saya lakukan terhadap kes murid yang menjawab soalan peperiksaan sebegitu rupa. Dalam masa 3 hari peperiksaan, hanya berkhayal mengukur kotak-kotak dalam soalan peperiksaan sahaja..Jika peperiksaan berkaitan seni saya jangkakan murid ini boleh cemerlang dengan jayanya kerana berimaginasi yang sangat tinggi..Jika bagi mereka yang tidak memahami golongan sebegini, mereka mungkin menganggap murid ini kelam masa depannya, namun saya tidak meyalahkan mereka kerana kurang pengetahuan mengenai kanak-kanak istimewa yang mengiktiraf kebolehan unik murid-murid tersebut. Terdapat kekangan yang guru sering hadapi terhadap murid-murid yang mengalami masalah sedemikian. Masalah besar ialah IBU BAPA TIDAK MENGHANTAR ANAK MEREKA UNTUK MEMASUKI KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI atau GURU TIDAK PEKA TERHADAP KEBOLEHAN MURID DAN PENDIDIKAN KHAS atau KEDUA-DUANYA TIDAK MEMPUNYAI ILMU PENGETAHUAN LANGSUNG MENGENAI PENDIDIKAN KHAS. Sungguh menyedihkan! Saya sangat kesal dengan keadaan sedemikian, anak-anak ini perlu dilihat perkembangan mereka dan semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan hak-hak mereka tidak dipersiakan. Mereka mempunyai perjalanan hidup yang lebih panjang daripada kita, maka..mari kita fikir-fikirkan apakah kita ingin membunuh masa depan mereka? tepuk dada tanyalah akal dan sanubari kita..Sebar-sebarkan tentang pendidikan khas kepada umum, supaya tiada lagi kanak-kanak yang terbiar dan tercicir salah laluan..Kita harus memastikan masa mereka tidak terbuang begitu sahaja.
Insyaallah, bertemu lagi di lain waktu..Wassalam

~Hidup ini satu anugerah~

No comments:

Post a Comment