Ketabahan: Manusia yang tabah akan mendapat ganjaran yang hebat daripada Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib hambaNya melainkan manusia itu yang berubah dan meningkatkan potensi diri.
Kesabaran: Kesabaran juga kunci kejayaan setiap insan. Tanpa SABAR, manusia akan meletakkan diri mereka sama dengan haiwan kerana tiada bezanya dengan haiwan yang tiada akal untuk berfikir dengan logik dan mengekang nafsu. Sabar itu separuh daripada IMAN. Seseorang yang tidak mempunyai nilai sabar boleh berbunuhan sesama sendiri, tidak mengira kaum keluarga, rakan baik mahupun kanak-kanak. Akal mereka telah hilang kerana nafsu amarah yang bermaharajalela. Orang yang tidak sabar bersahabat dengan syaitan yang gembira melihat umat manusia tenggelam dengan percakaran sesama sendiri.
Kekuatan Iman: Ramai manusia meletakkan dirinya dalam peringkat lemah iman, bukan kerana mereka lemahnya iman! Mereka melakukan perkara buruk dan mengerjakan maksiat siang dan malam kerana mereka mengganggap diri mereka sememangnya lemah iman. Apabila sudah terhantuk akan ada yang memberi alasan "lemahnya iman aku..nipisnya iman aku.."
Meletakkan iman itu sebagai lemah dalam diri individu itu adalah satu ketidakwajaran..kerana jika sudah mengetahui iman anda lemah, kenapa mesti melalui tempat yang boleh menjatuhkan anda. Itulah kebodohan melemahkan iman dalam diri sendiri.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal..
~Hidup ini satu anugerah~
Sunday, 15 April 2012
Saturday, 14 April 2012
Kembali Senyum..:)
Assalamualaikum..
Sudah lama saya tidak menghiraukan blog saya yang serba sederhana ini..Bermula saat ini, saya akan kembali aktif mengemaskini dan memasukkan maklumat yang boleh dikongsi bersama..bukan sekadar maklumat berkaitan pendidikan khas, namun saya akan berkongsi segala maklumat yang dirasakan penting bagi warga pendidikan, juga luar daripada bidang pendidikan..Blog ini juga dengan rasminya akan aktif semula bermula 23hb April nanti..Saya memilih tarih tersebut yang dirasakan tarikh yang sesuai untuk diri saya meningkatkan pengetahuan dan mengembalikan semangat. Tunggu dengan sabar ye..^_^

![]() |
| Semalam Adalah Sejarah Yang Tidak Boleh Dipinda, Hari Ini Adalah Khayalan Yang Belum Nyata, Esok Penentu Siapa Kita..Chaiyooo' |
~Hidup ini satu anugerah~
Saturday, 14 January 2012
Penawar Duka Tahun 2012
Di saat masa itu berlalu
kian pantas
keaiban memuncak sepanjang masa
tanpa kusedari
aku terjatuh lemah
terkejut dari mimpi panjang
terlena dalam dakapan rindu yang tidak sudah-sudah
hari ini..
aku bangkit kembali
mengharungi liku-liku lalu
semoga Allah memberiku kekuatan
membina azam baru
membina tekad utuh
bersepadu bersama angin baru
yang lebih segar dan mewangi
insyaallah..
selamat tahun baru 2012

Thursday, 13 October 2011
Detik-detik KURSUS
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Baru-baru ini saya berkampung selama lima hari untuk mengikuti kursus KSSR thn 2 Pendidikan Khas di sebuah sekolah di daerah Seremban. Penat namun berbaloi ilmu yang saya dapat mengenai KSSR yang selami ini masih kabur tentang perlaksaannya..:) Insyaallah, saya akan berkongsi serba sedikit mengenai kursus tersebut yang disampaikan oleh jawatankuasa unit merangkap kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Sekalung tahniah kerana berjaya menganjurkan kursus 5 hari tersebut, sedikit sebanyak boleh memahamkan kami para guru Pendidikan Khas yang sentiasa dahagakan pembaharuan dan ilmu berkaitan. Wlaubagaimanapun, saya mempunyai pendapat sendiri tentang KSSR ini. Banyak kekangan yang pihak guru hadapi, namun atas dasar menurut perintah, maka kami guru-guru Malaysia sentiasa berganding bahu meningkatkan kefahaman dan berdaya iltizam bersama-sama membangunkan institusi pendidikan di negara kita, amin...:)
Sekian dulu untuk kali ini. Saya akhiri dengan 2 rangkap pantun buat pembaca semua:
Pergi sekolah menaiki basikal,
Basikal dibawa dengan laju,
Guru-guru perlu cekal,
Baru hidup kita maju..:)
Kain batik sulam emas,
Emas dipakai kenduri kendara,
Budi yang baik disimpan kemas,
Jasamu guru hingga ke syurga.
Sekian.

Friday, 23 September 2011
Special Needs Education (Pendidikan Khas Malaysia): Rindunya Kanak-kanak Khas..Mari kenalpasti mereka
Special Needs Education (Pendidikan Khas Malaysia): Rindunya Kanak-kanak Khas..Mari kenalpasti mereka: Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Terasa lama tidak menjejaki laman informasi ini. Kesibukan dan kekangan masa menjadikan saya tidak be...
~Hidup ini satu anugerah~
~Hidup ini satu anugerah~
Rindunya Kanak-kanak Khas..Mari kenalpasti mereka
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Terasa lama tidak menjejaki laman informasi ini. Kesibukan dan kekangan masa menjadikan saya tidak berdaya untuk menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa. Alhamdulillah..Allah memberi kekuatan kepada saya untuk mencoret sesuatu pada malam ini.
Dua minggu yang lalu saya telah ditugaskan untuk menjadi pengawas peperiksaan di sebuah sekolah nun jauh di pedalaman. Penat dan terasa perit namun penuh dengan ilmu dan pengalaman. Seawal jam 6 pagi saya terpaksa memulakan tugas untuk memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar. Pengalaman melihat murid-murid mengambil peperiksaan merupakan sesuatu yang baru bagi saya. Sebelum ini saya pernah mempunyai pengalaman berada dalam suasana peperiksaan dan menjadi calon..Sekarang baru saya tahu mimik-mimik calon-calon peperiksaan ketika saat genting itu tiba. Jika dahulu terasa gementarnya, sekarang saya dapat lihat betapa gementarnya mereka (saya dapat rasakan). Dalam suasana yang sunyi sepi, pergerakan dan tingkahlaku kita sentiasa diperhatikan, bagai seorang pesalah..Namun, saya ingin berkongsi cerita sepanjang saya menjaga perjalanan peperiksaan tersebut. Saya menjadi pemerhati tetap selama 3 hari pada hari kejadian.
Hari pertama saya sudah dapat mengenalpasti seorang murid yang menjawab soalan peperiksaan dalam keadaan yang tidak begitu cemerlang. Ini kerana apa yang dapat saya perhatikan bahawa murid tersebut menjawab soalan dengan menandakan jawapan dahulu tanpa membaca soalan, berimaginasi ketika menjawab, tidur setelah 10 minit peperiksaan berlangsung dan yang paling menakutkan "senyum sorang2"..:) Agaknya anda dapat mengenalpasti masalah murid tersebut. Kemungkinan yang boleh kita rasakan adalah:
1. murid tersebut tidak tahu membaca
2. murid tersebut bosan
3. murid tersebut tersangat lah pintar (tak baca soalan pun tak apa, janji dah tanda,hehe)
4. murid tersebut mengantuk
5. murid tersebut suka kepada pengawas-pengawas peperiksaan (sebab suka senyum-senyum..agaknya laaa..haha)
6. murid tersebut tidak mendapat bimbingan guru dengan sebaiknya
Itu kesimpulan yang boleh saya lakukan terhadap kes murid yang menjawab soalan peperiksaan sebegitu rupa. Dalam masa 3 hari peperiksaan, hanya berkhayal mengukur kotak-kotak dalam soalan peperiksaan sahaja..Jika peperiksaan berkaitan seni saya jangkakan murid ini boleh cemerlang dengan jayanya kerana berimaginasi yang sangat tinggi..Jika bagi mereka yang tidak memahami golongan sebegini, mereka mungkin menganggap murid ini kelam masa depannya, namun saya tidak meyalahkan mereka kerana kurang pengetahuan mengenai kanak-kanak istimewa yang mengiktiraf kebolehan unik murid-murid tersebut. Terdapat kekangan yang guru sering hadapi terhadap murid-murid yang mengalami masalah sedemikian. Masalah besar ialah IBU BAPA TIDAK MENGHANTAR ANAK MEREKA UNTUK MEMASUKI KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI atau GURU TIDAK PEKA TERHADAP KEBOLEHAN MURID DAN PENDIDIKAN KHAS atau KEDUA-DUANYA TIDAK MEMPUNYAI ILMU PENGETAHUAN LANGSUNG MENGENAI PENDIDIKAN KHAS. Sungguh menyedihkan! Saya sangat kesal dengan keadaan sedemikian, anak-anak ini perlu dilihat perkembangan mereka dan semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan hak-hak mereka tidak dipersiakan. Mereka mempunyai perjalanan hidup yang lebih panjang daripada kita, maka..mari kita fikir-fikirkan apakah kita ingin membunuh masa depan mereka? tepuk dada tanyalah akal dan sanubari kita..Sebar-sebarkan tentang pendidikan khas kepada umum, supaya tiada lagi kanak-kanak yang terbiar dan tercicir salah laluan..Kita harus memastikan masa mereka tidak terbuang begitu sahaja.
Insyaallah, bertemu lagi di lain waktu..Wassalam

Friday, 26 August 2011
Kreativiti dan Anak-Anak Khas
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sudah lama saya tidak menulis dalam blog ini,. Bukan kerana tiada isu tetapi kesuntukan masa yang menjadikan saya tidak boleh menumpukan kepada bidang penulisan yang saya sangat sukai. Pertama kali saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana sudi menjadikan isi kandungan blog saya sebagai ilmu untuk dikongsikan. Terima kasih kerana memberikan saya kredit untuk masa hadapan saya sebagai pelaburan dunia dan juga akhirat. Sedikit ilmu yang dimanfaatkan akan memberi pulangan dalam diri kita di alam sana, insyaallah..
Baiklah, sekarang berbalik kepada tajuk kita >>>>KREATIVITI ANAK-ANAK KHAS<<<< Menarik untuk saya kongsikan bersama anda.
"Kreativiti? Apalah sangat yang budak-budak ni tahu buat..belajar pun susah dapat, macamana nak survive?"
inilah yang saya jangkakan terdetik dihati mereka yang kurang peka dengan alam persekitaran..kenapa saya berkata sedemikian? kerana mereka belum lagi merdeka (amboiii..cakap tentang merdeka, mentang-mentang beberapa haro lagi nak sambut merdeka.^_^)
Memang benar, terdapat ramai manusia yang menidakkan kebolehan seseorang itu. Sedangkan ada guru yang masih tidak dapat menerima kanak-kanak khas ini (bukan guru pendidikan khas ye..). Saya katakan ini berdasarkan pengalaman saya. Terdapat mereka yang kurang prihatin, tidak suka atau lebih tepat "tidak tahan" dengan murid-murid pendidikan ini. Maka, mereka menafikan kebolehan anak-anak khas yang kita sedia maklum kurangnya motivasi dalam diri mereka. Anak-anak khas selalunya mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah, mereka merasa rendah diri untuk bergaul dengan masyarakat luar. Malah, ada yang menggelar mereka sebagai orang cacat..Jika anda berpendapat sedemikian, anda sebenarnya SALAH! Kanak-kanak aliran perdana (aliran normal) sering ditakutkan dengan kelas pendidikan khas, itu adalah normal, untuk memberikan motivasi kepada anak-anak lain belajar dan tidak masuk kelas pendidikan khas..^_^
Tahukah anda dunia pendidikan khas sangat menyeronokkan? Saya ingin kongsikan bersama anda, namun masa membataskan penulisan ini. Maka, sekian dulu daripada saya. Sehingga berjumpa lagi pada masa akan datang. Kita membincangkan tentang "Dunia Pendidikan Khas Yang Menyeronokkan"..Insyaallah
Wassalam.

Sunday, 14 August 2011
Menjana Minda Kanak-kanak Istimewa...Part 2
Apakah kaitannya sistem otak manusia dengan minda kanak-kanak? Otak kanak-kanak sentiasa berkembang dari semasa ke semasa, bukan membesar ya..^_^ kerana perkembangan otak manusia itulah, maka wujud perkataan baligh (cukup umur bagi seseorang muslim). Bagaimana dengan seseorang yang mempunyai otak yang tidak dapat berkembang dengan baik? Menurut kajian, perkembangan otak kanak-kanak Sindrom down adalah terlewat beberapa tahun daripada kanak-kanak normal. Benarkah? Semua ini hanyalah kajian para saintis dalam perubatan dan dibuktikan terhadap kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak tersebut.
Usah risau dengan perkembangan anak-anak anda yang sememangnya dilahirkan atas anugerah yang tidak terhingga kepada anda. Tingkatkan semangat bahawa kelewatan perkembangan akal kanak-kanak adalah satu anugerah Allah menguji anda. Dan ingatlah, Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang berat melainkan Dia mengetahui hambaNya boleh menghadapi situasi tersebut. Maka, anda perlu memainkan peranan mencari sumber-sumber yang boleh membantu perkembangan minda anak-anak anda. Berikut merupakan cadangan yang saya boleh berikan kepada anda mengenai perkembangan otak anak-anak berkeperluan khas ini:
1. Perkembangan Sosial
2. Pemakanan
3. Terapi-terapi
4. Pertuturan
5. Tingkahlaku
Bermula daripada perkembangan sosial, anda dapat mengadaptasikan kelima-lima perkara ini dan anda perlu anda fokuskan satu persatu supaya minda kanak-kanak ini menjadi lebih proaktif..Anda mungkin sudah membaca kisah anjing malang yang bernama Faith bukan? Sekalipun binatang juga boleh dilatih dan diberikan semangat motivasi, apakah anak-anak kita tidak boleh?Anda juga mungkin pernah membaca kisah-kisah hebat mereka yang kekurangan bentuk fizikal tetapi mampu memberikan kejayaan cemerlang tanpa simpati manusia sekeliling..Apa yang penting adalah sokongan padu dan usaha daripada anda yang berada di sekeliling mereka.
Saya tidak menyamakan kanak-kanak istimewa dengan binatang, tetapi kita harus belajar daripada keupayaan binatang yang boleh berjaya menjadi cemerlang. Mampukah kita?
Setakat ini sahaja penulisan saya pada hari ini. Semoga bertemu lagi dalam kupasan mengenai 5 faktor yang menghubungkait perkembangan otak kanak-kanak, tidak mengira yang berkeperluan khas, mahupun kanak-kanak yang dilahirkan normal. Nantikan post "Menjana Minda Kanak-kanak Part 3".
Yang baik datangnya daripada Allah, yang buruk jadikan sempadan kerana ia datang daripada saya sendiri..Wallahualam.
~Hidup ini satu anugerah~
Menjana Minda Kanak-kanak Istimewa...Part 1
Alhamdulillah..
Hari ini kita berpeluang bertemu lagi dalam dunia blog. Berbanyak kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana mengurniakan umur untuk terus saya bernafas memanjangkan tinta khayalan..^^,
Hari ini saya ingin membicarakan mengenai minda manusia. Minda manusia sudah pasti akan dikaitkan dengan sistem otak yang memberikan akal kepada manusia. Sistem otak (brain structures) sebenarnya terbahagi kepada 4 struktur;
1. Cerebrum (bahagian terbesar dalam otak manusia)- terbahagi pula kepada 4 lobus;
* Frontal Lobe (berfungsi sebagai penaakulan, perancangan, bahagian pertuturan, pergerakan, emosi dan penyelesaian masalah)
* Parietal lobe (pergerakan, orientasi, pengiktirafan (recognition) dan persepsi rangsangan
* Occipital lobe (berkaitan pemprosesan visual)
* Temporal Lobe (berkaitan persepsi dan recognition rangsangan audotori, memori dan pertuturan)
2. Cerebellum (juga disebut sebagai "little brain" atau otak kecil..^_^ Struktur ini berkaitan dengan peraturan dan penyelarasan pergerakan, postur dan kira-kira. Cerebellum ini dikatakan lebih tua oleh para saintis, untuk keterangan lanjut sila lawati:http://serendip.brynmawr.edu/bb/kinser/Structure1.html
3. Sistem Limbic (dirujuk sebagai "otak emosi" dan dijumpai tertanam di dalam serebrum. Seperti cerebellum, struktur evolutionarinya agak lama.Sistem ini mengandungi Thalamus, hipotalamus, amygdala dan hippocampus.
Penerangan tentang otak manusia ini adalah sebagai mukadimah (permulaan) untuk saya membincangkan tentang bagaimana kanak-kanak boleh menjana minda mereka menjadi manusia yang hebat tidak mengira status anak anda tersebut.
Anda boleh google perkataan-perkataan yang tidak dinyatakan maksudnya kerana saya hanya menerangkan dengan serba ringkat sebagai permulaan hubungkait otak manusia dengan tingkahlakunya kanak-kanak khas.

Friday, 12 August 2011
Kisah "Faith" Si Anjing Tabah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru ini saya berkesempatan membaca satu aktikel di satu majalah Nur mengenai kisah seekor anjing yang dilahirkan cacat, hanya mempunyai 3 kaki dan ini bukan sesuatu yang normal bagi seekor anjing..Anjing ini kemudiannya bakal dibunuh oleh tuannya yang tidak sanggup melihat anjing ini hidup dalam keadaan yang sukar. Namun, dengan takdir Allah, anjing yang malang ini masih dipanjangkan umur kerana telah dijumpai oleh seorang kanak-kanak kecil, Jude yang budiman dan berhati mulia. Kanak-kanak tersebut membawanya pulang dan menyatakan rasa kasihan dan ingin membelanya..Si ibu sungguh terharu dan membersihkan "Faith" lalu memberi makan dan menjaganya dengan baik..
Permulaan kehidupan Faith memang sukar kerana dianugerahkan 3 kaki sahaja,.Bagaimana mungkin Faith boleh berjalan dengan 3 kaki? Satu daripada kakinya mengalami masalah dan terpaksa dipotong. Tinggallah 2 kaki yang bakal menjadi aset baginya. Namun, si anjing Faith ini tabah dengan kurniaan yang diberikan olehNya..Maka, keluarga yang budiman tersebut mengajar dan melatih Faith untuk boleh berjalan menggunakan 2 kaki sahaja..Anda boleh membayangkan Faith boleh berjalan seperti seorang manusia. Bermula dengan skateboard, Faith belajar berjalan dengan latihan oleh tuannya, Jude..
Alhamdulillah..Akhirnya, Faith dapat berjalan seperti manusia. Ia sesuatu yang menakjubkan bukan? Seekor yang punya 2 kaki bisa berjalan seperti manusia.. Sejak daripada itu, kisah Faith si anjing tabah ini tersebar ke seluruh pelusuk dunia, dan yang paling memilukan hati..Faith telah menjadi inspirasi dalam meningkatkan motivasi tentera pasukan Inggeris untuk meneruskan kehidupan kerana kecacatan yang dialami dalam peperangan. Sang pemilik anjing, Jude Stringfellow menyatakan bahawa Faith memberi inspirasi kepada orang-orang muda kerana mereka menjadi begitu emosional apabila berhadapan dengan Faith..Masing-masing terharu dan tidak terkata dengan apa yang dicapai oleh seekor binatang bernama Faith itu..
"Dia (Faith) menunjukkan apa yang dapat dicapai terlepas daripada rintangan (kekurangan) yang besar"- ujar Jude Stringfellow saat ditemui di Oklahama City.
Kisah anjing ini memberi kesedaran kepada saya betapa kita memerlukan motivasi untuk terus hidup..Bagaimana orang-orang di sekeliling kita boleh membantu memberikan kita inspirasi dan begitu jugalah dengan nasib anak-anak khas yang kita miliki..
Apabila Allah berkata.."Jadilah! Maka jadilah ia.." kun fayakun...Anugerah kita lebih baik daripada Faith si anjing tabah ini.
~Hidup ini satu anugerah~
Wednesday, 10 August 2011
Effectiveness of Special Needs Education Program in Malaysia
Salam alaik! Bertemu lagi di pagi yang mulia ini..Saya punya kurang waktu untuk mengemaskini blog ini. Masa yang tidak mengizinkan membuatkan saya melakukan kerja dengan lebih cepat dan waktu malamnya masa untuk merehatkan diri. Namun, saya tetap mengambil kesempatan membaca beberapa artikel yang mengaitkan dengan Pendidikan Khas di Malaysia. Pagi tadi saya terjumpa sebuah artikel yang mengaitkan dengan keberkesanan Pendidikan Khas di Malaysia yang diketuai oleh Prof. Aminah Ayob dari Fakulti Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Saya ingin berkongsi dengan anda tentang perkara ini. Berikut merupakan objektif penyelidikan ini dihasilkan. Saya telah menyalin kembali tanpa sebarang ubah dari laman: http://www.researchsea.com/html/article.php/aid/846/cid/6/research/effectiveness_of_special_needs_education_program_in_malaysia.html
Effectiveness of Special Needs Education Programs in Malaysia
This research aims to evaluate the effectiveness of the integration-inclusion programme offered by the Ministry of Education for students with learning difficulties (LD). The ultimate goal is to improve and provide quality education for children with special needs.
| The Effectiveness of Integration-Inclusion Special Education Program in Malaysia Project Leader Prof. Aminah Ayob School of Educational Studies, 11800 USM Penang This research aims to evaluate the effectiveness of the integration-inclusion programme offered by the Ministry of Education for students with learning difficulties (LD). The ultimate goal is to improve and provide quality education for children with special needs. There are about 768 special education integration programs in the primary and secondary schools in Malaysia. About 1348 respondents participated in this research. This research aims to: (i) evaluate the teaching-learning process (ii) evaluate the curriculum and Individual Education Program (IEP) (iii) elicit the school administrators, teachers, and parents’ opinion regarding the effectiveness of the program (iv) evaluate the learning infrastructures and facilities (v) analyze the benchmark of an effective program. The result of this research will help the Special Education Department in their strategic planning to extend and improve the integration-inclusion programs for students with learning difficulties in Malaysia. |
insyaallah..saya akan kupas satu persatu tentang kajian yang dilakukan oleh Prof. Aminah ini dan kongsikan bersama anda. Semoga berjumpa lagi pada artikel seterusnya.
~Hidup ini satu anugerah~
Saturday, 6 August 2011
Bekam Lintah Pengubat Autisme?
Baru-baru ini saya terlihat satu iklan yang ditayang di tv3 mengenai Bekam Lintah..melihat keadaan lintah yang hitam dan besar itu sangat mengelikan saya.
Prolog:
Kehidupan kanak-kanak saya bermula di sebuah kampung yang indah dikelilingi sawah padi yang menghijau, maka lintah tidak asing bagi saya kerana binatang itu pernah menghisap darah saya ketika saya masih kecil. Menjerit dan melompat bukan kepalang kerana terasa sangat geli apabila digigit lintah. Walaupun saya tidak berada di dalam sawah (nama saja tinggal di tepi sawah, tapi tidak pernah masuk sawah pun sebab nanti kena marah dek ayah)..Namun, saya tidak pasti bagaimana lintah itu boleh berada di kaki saya dan menghisap darah saya tanpa izin. Kebetulan waktu hujan dan musim lembab, maka lintah tersebut merayap di atas rumput. Mujur ada abang yang membantu membuang lintah tersebut. Kenangan yang menggelikan itu masih terpahat dalam ingatan saya. Kalau sekadar pacat saya tidak kisah sebab memang selalu kena gigit pacat time kecil-kecil dulu. Tapi kalau sekarang memang terasa geli..pelik bukan, zaman kanak-kanak semuanya indah, tiada perasaan takut, resah dan gelisah. Sungguh berbeza dengan kanak-kanak zaman sekarang..^_^
Baiklah, jika diimbau kenangan saya sebagai anak kampung tidak habis untuk dicoretkan di sini..Mari kita lihat apa keistimewaan lintah yang saya tidak terfikir tentang kebaikannya kepada kita malah kepada anak-anak berpekerluan khas:
Apa itu Lintah?
Berikut merupakan definisi yang saya ambil terus daripada wikipedia, apakah binatang lintah itu..Anda boleh baca dengan teliti kehidupan lintah yang mempunyai bentuk yang unik dan ditakuti ramai ini:
Lintah ialah haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan. Seperti golongan Oligochaeta, lintah menampakkan anggota klitelum (bahagian kelenjar yang membengkak pada kulit anelid, misalnya cacing tanah, yang merembes kokun dan bahan nutrien untuk embrio.). Lintah merupakan haiwan hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) seperti cacing.
Sesetengah jenis lintah mempunyai kegunaan dalam perubatan menghisap darah sejak ribuan tahun dahulu, tetapi kebanyakan lintah tidak menghisap darah. Lintah penghisap darah berhinggap pada perumahnya sehingga kenyang, selepas itu turun untuk menghadam makanan. Badan lintah terdiri daripada 34 segmen. Penghisap anterior (mulut) terbentuk pada enam segmen terhadapan badannya, yang digunakan untuk beraput pada perumah, sambil mengeluarkan bendalir bius agar perumah tidak merasa hinggapan lintah. Lintah mengeluarkan campuran mukus dan lekapan dari otot-otot sepusat di keenam-enam segmen tersebut agar terus berpaut dan merembeskan enzim pencegah pembekuan darah dalam sistem darah perumah..
Saya rujuk laman ini~~~~http://ms.wikipedia.org/wiki/Lintah
wah..melihat kepada perangai lintah ini, saya dapat samakan dengan kehidupan nyamuk dan pacat yang mempunyai tabiat yang sama iaitu penhisap darah. Saya juga pernah mendengar nyamuk itu juga menghisap darah kotor kita..Hebatnya ciptaan Allah! Dia menciptakan setiap benda itu ada manfaatnya tersendiri..Jangan pulak membiak nyamuk aedes ya, karang anda terkena denggi, malaria..siapa yang susah?hehee..
Terapi Lintah:
Menurut sumber yang boleh dipercayai..saya mendapat informasi berkaitan terapi lintah ini agak lewat, berbanding zaman kecil saya..apabila ramai bercerita mengenai keistimewaan lintah, saya sangat teruja walaupun perasaan geli itu tidak pernah hilang sehingga sekarang. Bila rasa sakit kepala, terasa ingin mencari lintah supaya boleh menggigit membuang darah kotor dalam kepala saya..agaknya apa rasanya? Terapi lintah digunakan dalam pengubatan tradisional cina (orang cina juga yang memulakannya ya?) Penggunaan lintah untuk membuang darah kotor ini dikaitkan dengan perubatan kuno (terdapat lukisan lintah sebagai ubat di makam firaun..entah betul atau tidak, saya pernah membacanya di sebuah laman sesawang..Terapi lintah dalam kedoktoran Yunani boleh diperolehi dalam puisi Alexipharmacia oleh Nicandros (siapa ni?mungkin masyarakat zaman firaun, cuba anda google,hehe). Bagi Doktor Romawi Galen, Terapi lintah diklasifikasikan sebagai metode untuk mencapai keseimbangan kesihatan. Ibnu Sina (Pakar perubatan Islam) menggunakan lintah untuk bantuan penyembuhan (Ibnu Sina pun kenal lintah ya..hebat!). Lintah pada zaman dulu sudah terbukti menjadi perawatan yang paling efektif dalam banyak usus, berguna untuk perawatan sewaktu pertempuran. Rupa-rupanya negara-negara Eropah abad 18 dan 19 pernah mengimport lebih 100 juta lintah setiap tahun untuk memenuhi permintaan yang tinggi..(alangkah ruginya kita sudah terlewat dalam bidang ini, padahal kita dikelilingi oleh lintah-lintah..tidak termasuk lintah darat la..). Pada masa sekarang, lintah digunakan untuk rawatan kecantikan, meningkatkan sirkulasi otak (ini sesuai untuk autisme agaknya...) dan rawatan ketidaksuburan..kredit untuk laman ini, anda boleh mendapat lagi info di: http://evialfadhl.wordpress.com/2010/08/30/manfaat-terapi-lintah/
Lintah berbeza dengan pacat, pacat 5x kecil daripada lintah dan menghisap darah dalam masa yang singkat
Apabila lintah menggigit itu sudah kenyang, badannya akan menjadi gemuk dengan darah dan kemungkinan lintah itu akan jatuh tergolek.
Sekadar Gambar Hiasan
Banyak yang saya dapat hasil daripada pembacaan tentang terapi lintah. Saya mengangkat harga lintah disebabkan oleh terdapat media yang memberi informasi tentang penyakit autisme yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas yang dikatakan tidak dapat disembuhkan..Saya pernah membaca satu ayat.."tiada penyakit yang tiada ubatnya, kecuali kematian.."
Anda yang mempunyai anak-anak autisme, diharap tidak berputus asa dalam mencari penawar untuk mengurangkan atau menyembuh anak anda. Saya percaya, apabila Allah berkata..Jadilah! maka jadilah ia..."kun fa ya kun"
Berikut merupakan khasiat terapi lintah yang saya dapati melalui pembacaan, pemerhatian dan cakap-cakap orang..Apa yang baik jadikan pedoman, apa yang buruk kita hindarkan..untuk membuat terapi lintah juga bukan sembarangan..kalau anak-anak anda kecil sangat jangan pula diletakkan lintah 16 ekor, habis lah darahnya..ikut saluran yang betul semoga Allah membantu anda. Insyaallah..^_^
~Hidup ini satu anugerah~
Wednesday, 3 August 2011
Lihat, Baca, Dengar, Rasa dan Fikir
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada!
P/s: INILAH BEZANYA ORANG YG "PANDAI" DENGAN ORANG YG"FAHAM". ~ SUBHAN'ALLAH.
Copy from: Note fb
~Hidup ini satu anugerah~
Masa Lapangku
Baru-baru ini saya bersama dua orang rakan mengatur program untuk mengisi masa lapang di bulan puasa. Mula-mula saya tidak begitu tertarik dengan cadangan rakan memandangkan masa yang tidak mencukupi dengan kepenatan luar biasa yang dilalui saban hari. Namun, hati saya tetiba terdetik untuk sama-sama mengambil kursus jahitan. Daripada membuang masa dengan tidur di tengah hari, baik saya menambah pahala dengan menuntut ilmu,.dapat juga saham kan? Hampir tidak percaya kerana saya kurang minat terhadap benda yang remeh dan temeh ini. Ini disebabkan hati saya yang cepat bosan. Sungguh sukar untuk mendatangkan fokus dalam diri saya.hehee..Namun, berkat niat yang ikhlas, saya memberanikan diri mengambil kursus jahitan ini. Ini merupakan catatan hari pertama saya mengikuti kelas asas jahitan:
Hari Pertama (2 Ogos 2011 bersamaan 2 Ramadhan 1432H)
Dengan bayaran serendah RM15 untuk pendaftaran, saya begitu teruja apabila sampai di tempat kejadian. Dengan mesin yang besar2, hebat dengan bilik yang penuh dengan mesin jahit elekrik hampir 20 buah kesemuanya. Memang saya sangat teruja disebabkan tidak pernah menggunakan mesin jahit elektrik (sebelum ini pakai mesin jahit biasa aja)..Kami tiba lewat 15min. Kelas bermula jam 2 petang - 4.30ptg (Bulan Ramadhan) dan kalau hari biasa 2-5ptg.. Akal berputar2 kerana memikirkan masa yang agak panjang untuk dihabiskan di kelas itu, namun saya positifkan semula pemikiran saya. Untuk menuntuk ilmu, saya perlukan pengorbanan! Insyaallah ilmu ini akan saya manfaatkan untuk mereka yang ingin mempelajari. Sekadar suka-suka sahaja dan jika ada tempahan daripada keluarga, saya sanggup! (amboi2...sudah berangan panjang pula..) Kelas jahitan pun belum bermula.
Hari pertama kami diberi ilmu menjahit "mata lalat".. sebelum ini saya zero dengan ilmu yang sangat kurang tentang jahitan. Nama-nama jahitan pun saya tidak tahu, apatah lagi hendak mengenalinya. Zaman sekolah saya tidak didedahkan dengan perkara sebegini rupa, tapi anda mungkin tidak percaya saya mempunyai kemahiran menjahit baju kurung..Hanya baju kurung sahaja dengan cara jahitan yang kurang kemas.Belajar daripada emak masa sekolah menengah dulu2...(boleh la untuk pakai main2, tapi sekarang sudah malas dan bajunya asyik tempah sahaja,hehe)..Memandangkan saya memikirkan upah baju semakin meningkat, maka saya teringin juga belajar mana tahu bila hati sudah terdetik untuk tidak menempah lagi..doakan saya..^_^
ini la hasilnya...
Saya terpaksa menjahit 5 barisan, sehinggak pukul 1.00pagi menyiapkannya, alangkah berusahanya saya..^_^
gambar kelabu ja...Mata lalat pun tidak nampak..
Tidak mengapa, teruskan berusaha semoga saya tabah mengikuti kelas jahitan ini. Insyaallah, boleh juga dimanfaatkan dengan mengajar kokurikulum di kelas pendidikan khas nanti. Anak-anak pendidikan khas ramai yang kreatif..Maka, untuk membentuk kekreatifan mereka, guru perlu menjadi lebih kreatif..Belajar menjahit, memasak dan segala bentuk kemahiran yang boleh meningkatkan kemahiran mereka apabila dewasa nanti, insyaallah..
Hari Kedua ( 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432H)
Hari ini adalah hari kedua saya ke kelas menjahit. Hari pertama ingatkan sudah boleh menjahit menggunakan mesin-mesin canggih itu, namun terpaksa pula menjahit bermula daripada jahitan tangan, "Mata Lalat" sudah berjaya habiskan..Hari ini saya menjahit jahitan yang agak sukar iaitu "Tulang Belut".. Aduh, siapakah gerangan yang mencipta nama jahitan ini? Sungguh kreatif dan sukar sekali, berpinar-pinar mata saya dengan rasa mengantuk dan bosan..Teruskan berusaha, esok cekgu hendak memeriksa..Insyaallah sudah siap saya poskan di sini, sama-sama kita menilai tulang belut itu..Walau bagaimanapun, saya merasakan jahitan "Tulang Belut" ini kurang sesuai untuk diajar di sekolah rendah kerana mata harus fokus berbanding "Mata Lalat"..Ini kerana murid-murid khas mempunyai daya fokus yang kurang. Namun, tidak dinafikan, ada sesetengah murid yang mempunyai tahap fokus yang tinggi mengikut minat masing-masing. Jika mereka mudah bosan, maka guru terpaksa menghentikan dahulu..Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit..
Ada kelapangan, saya akan update lagi tentang kelas jahitan saya..Wassalam.

Monday, 1 August 2011
Saturday, 30 July 2011
Ramadhan dan Nafsu
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak...Begitulah ucapan yang seringkali kita dengar apabila tiba penghujung bulan Shaaban. Alhamdulillah, ramai yang mengingati kedatangan bulan Ramadhan. Adakah anda sudah bersedia untuk menempuh sehingga penghujung Ramadhan atau sekadar mengingati tetapi tidak cuba menghayati dan mengambil kesempatan ini? Saya juga berharap kedatangan Ramadhan ini memberikan saya kekuatan yang luar biasa untuk menempuh dunia pekerjaan sebagai seorang pendidik, sekaligus mampu menahan segala nafsu seperti nafsu amarah, nafsu makan, nafsu membeli belah dan segala nafsu yang ada dalam diri saya dan anda juga. Bercakap mengenai nafsu, saya teringat seorang guru memberitahu saya bahawa "Nafsu itu raja dan hamba..Kamu harus bijak mendidiknya..". Saya terfikir saya tidak boleh menjadikan nafsu sebagai raja dan saya juga tidak boleh menjadikan nafsu sebagai hamba..Saya hanya boleh menggunakan akal untuk menguasai nafsu..barulah saya bijak mendidiknya..Insyaallah, semoga apa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan Allah dan sama-samalah kita mendoakan.
Akhir kata, Salam Ramadhan untuk semua pembaca...Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan kita untuk berubah menjadi baik dan lebih baik, wallahulam.~Hidup ini satu anugerah~
Friday, 29 July 2011
Here we began..Special Needs Education: Tazkirah Umum..
Here we began..Special Needs Education: Tazkirah Umum..: "AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir...."
~Hidup ini satu anugerah~
~Hidup ini satu anugerah~
Tazkirah Umum..
AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati2 apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .
kongsi dari facebook.
~~Kunci kebahagiaan terletak pada hati~
~Hidup ini satu anugerah~
Subscribe to:
Posts (Atom)