Welcome

Saturday 6 August 2011

Bekam Lintah Pengubat Autisme?

Baru-baru ini saya terlihat satu iklan yang ditayang di tv3 mengenai Bekam Lintah..melihat keadaan lintah yang hitam dan besar itu sangat mengelikan saya.

Prolog:
Kehidupan kanak-kanak saya bermula di sebuah kampung yang indah dikelilingi sawah padi yang menghijau, maka lintah tidak asing bagi saya kerana binatang itu pernah menghisap darah saya ketika saya masih kecil. Menjerit dan melompat bukan kepalang kerana terasa sangat geli apabila digigit lintah. Walaupun saya tidak berada di dalam sawah (nama saja tinggal di tepi sawah, tapi tidak pernah masuk sawah pun sebab nanti kena marah dek ayah)..Namun, saya tidak pasti bagaimana lintah itu boleh berada di kaki saya dan menghisap darah saya tanpa izin. Kebetulan waktu hujan dan musim lembab, maka lintah tersebut merayap di atas rumput. Mujur ada abang yang membantu membuang lintah tersebut. Kenangan yang menggelikan itu masih terpahat dalam ingatan saya. Kalau sekadar pacat saya tidak kisah sebab memang selalu kena gigit pacat time kecil-kecil dulu. Tapi kalau sekarang memang terasa geli..pelik bukan, zaman kanak-kanak semuanya indah, tiada perasaan takut, resah dan gelisah. Sungguh berbeza dengan kanak-kanak zaman sekarang..^_^
Baiklah, jika diimbau kenangan saya sebagai anak kampung tidak habis untuk dicoretkan di sini..Mari kita lihat apa keistimewaan lintah yang saya tidak terfikir tentang kebaikannya kepada kita malah kepada anak-anak berpekerluan khas:

Apa itu Lintah?
Berikut merupakan definisi yang saya ambil terus daripada wikipedia, apakah binatang lintah itu..Anda boleh baca dengan teliti kehidupan lintah yang mempunyai bentuk yang unik dan ditakuti ramai ini:
Lintah ialah haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan. Seperti golongan Oligochaeta, lintah menampakkan anggota klitelum (bahagian kelenjar yang membengkak pada kulit anelid, misalnya cacing tanah, yang merembes kokun dan bahan nutrien untuk embrio.). Lintah merupakan haiwan hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) seperti cacing.
Sesetengah jenis lintah mempunyai kegunaan dalam perubatan menghisap darah sejak ribuan tahun dahulu, tetapi kebanyakan lintah tidak menghisap darah. Lintah penghisap darah berhinggap pada perumahnya sehingga kenyang, selepas itu turun untuk menghadam makanan. Badan lintah terdiri daripada 34 segmen. Penghisap anterior (mulut) terbentuk pada enam segmen terhadapan badannya, yang digunakan untuk beraput pada perumah, sambil mengeluarkan bendalir bius agar perumah tidak merasa hinggapan lintah. Lintah mengeluarkan campuran mukus dan lekapan dari otot-otot sepusat di keenam-enam segmen tersebut agar terus berpaut dan merembeskan enzim pencegah pembekuan darah dalam sistem darah perumah..

Saya rujuk laman ini~~~~http://ms.wikipedia.org/wiki/Lintah
wah..melihat kepada perangai lintah ini, saya dapat samakan dengan kehidupan nyamuk dan pacat yang mempunyai tabiat yang sama iaitu penhisap darah. Saya juga pernah mendengar nyamuk itu juga menghisap darah kotor kita..Hebatnya ciptaan Allah! Dia menciptakan setiap benda itu ada manfaatnya tersendiri..Jangan pulak membiak nyamuk aedes ya, karang anda terkena denggi, malaria..siapa yang susah?hehee..

Terapi Lintah:
Menurut sumber yang boleh dipercayai..saya mendapat informasi berkaitan terapi lintah ini agak lewat, berbanding zaman kecil saya..apabila ramai bercerita mengenai keistimewaan lintah, saya sangat teruja walaupun perasaan geli itu tidak pernah hilang sehingga sekarang. Bila rasa sakit kepala, terasa ingin mencari lintah supaya boleh menggigit membuang darah kotor dalam kepala saya..agaknya apa rasanya? Terapi lintah digunakan dalam pengubatan tradisional cina (orang cina juga yang memulakannya ya?) Penggunaan lintah untuk membuang darah kotor ini dikaitkan dengan perubatan kuno (terdapat lukisan lintah sebagai ubat di makam firaun..entah betul atau tidak, saya pernah membacanya di sebuah laman sesawang..Terapi lintah dalam kedoktoran Yunani boleh diperolehi dalam puisi Alexipharmacia oleh Nicandros (siapa ni?mungkin masyarakat zaman firaun, cuba anda google,hehe). Bagi Doktor Romawi Galen, Terapi lintah diklasifikasikan sebagai metode untuk mencapai keseimbangan kesihatan. Ibnu Sina (Pakar perubatan Islam) menggunakan lintah untuk bantuan penyembuhan (Ibnu Sina pun kenal lintah ya..hebat!). Lintah pada zaman dulu sudah terbukti menjadi perawatan yang paling efektif dalam banyak usus, berguna untuk perawatan sewaktu pertempuran. Rupa-rupanya negara-negara Eropah abad 18 dan 19 pernah mengimport lebih 100 juta lintah setiap tahun untuk memenuhi permintaan yang tinggi..(alangkah ruginya kita sudah terlewat dalam bidang ini, padahal kita dikelilingi oleh lintah-lintah..tidak termasuk lintah darat la..). Pada masa sekarang, lintah digunakan untuk rawatan kecantikan, meningkatkan sirkulasi otak (ini sesuai untuk autisme agaknya...) dan rawatan ketidaksuburan..kredit untuk laman ini, anda boleh mendapat lagi info di: http://evialfadhl.wordpress.com/2010/08/30/manfaat-terapi-lintah/
 Lintah berbeza dengan pacat, pacat 5x kecil daripada lintah dan menghisap darah dalam masa yang singkat
 Apabila lintah menggigit itu sudah kenyang, badannya akan menjadi gemuk dengan darah dan kemungkinan lintah itu akan jatuh tergolek. 

Sekadar Gambar Hiasan
Banyak yang saya dapat hasil daripada pembacaan tentang terapi lintah. Saya mengangkat harga lintah disebabkan oleh terdapat media yang memberi informasi tentang penyakit autisme yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas yang dikatakan tidak dapat disembuhkan..Saya pernah membaca satu ayat.."tiada penyakit yang tiada ubatnya, kecuali kematian.." 
Anda yang mempunyai anak-anak autisme, diharap tidak berputus asa dalam mencari penawar untuk mengurangkan atau menyembuh anak anda. Saya percaya, apabila Allah berkata..Jadilah! maka jadilah ia..."kun fa ya kun"

Berikut merupakan khasiat terapi lintah yang saya dapati melalui pembacaan, pemerhatian dan cakap-cakap orang..Apa yang baik jadikan pedoman, apa yang buruk kita hindarkan..untuk membuat terapi lintah juga bukan sembarangan..kalau anak-anak anda kecil sangat jangan pula diletakkan lintah 16 ekor, habis lah darahnya..ikut saluran yang betul semoga Allah membantu anda. Insyaallah..^_^










~Hidup ini satu anugerah~

No comments:

Post a Comment