Welcome

Wednesday 3 August 2011

Masa Lapangku

Baru-baru ini saya bersama dua orang rakan mengatur program untuk mengisi masa lapang di bulan puasa. Mula-mula saya tidak begitu tertarik dengan cadangan rakan memandangkan masa yang tidak mencukupi dengan kepenatan luar biasa yang dilalui saban hari. Namun, hati saya tetiba terdetik untuk sama-sama mengambil kursus jahitan. Daripada membuang masa dengan tidur di tengah hari, baik saya menambah pahala dengan menuntut ilmu,.dapat juga saham kan? Hampir tidak percaya kerana saya kurang minat terhadap benda yang remeh dan temeh ini. Ini disebabkan hati saya yang cepat bosan. Sungguh sukar untuk mendatangkan fokus dalam diri saya.hehee..Namun, berkat niat yang ikhlas, saya memberanikan diri mengambil kursus jahitan ini. Ini merupakan catatan hari pertama saya mengikuti kelas asas jahitan:

Hari Pertama (2 Ogos 2011 bersamaan 2 Ramadhan 1432H)
Dengan bayaran serendah RM15 untuk pendaftaran, saya begitu teruja apabila sampai di tempat kejadian. Dengan mesin yang besar2, hebat dengan bilik yang penuh dengan mesin jahit elekrik hampir 20 buah kesemuanya. Memang saya sangat teruja disebabkan tidak pernah menggunakan mesin jahit elektrik (sebelum ini pakai mesin jahit biasa aja)..Kami tiba lewat 15min. Kelas bermula jam 2 petang - 4.30ptg (Bulan Ramadhan) dan kalau hari biasa 2-5ptg.. Akal berputar2 kerana memikirkan masa yang agak panjang untuk dihabiskan di kelas itu, namun saya positifkan semula pemikiran saya. Untuk menuntuk ilmu, saya perlukan pengorbanan! Insyaallah ilmu ini akan saya manfaatkan untuk mereka yang ingin mempelajari. Sekadar suka-suka sahaja dan jika ada tempahan daripada keluarga, saya sanggup! (amboi2...sudah berangan panjang pula..) Kelas jahitan pun belum bermula.
Hari pertama kami diberi ilmu menjahit "mata lalat".. sebelum ini saya zero dengan ilmu yang sangat kurang tentang jahitan. Nama-nama jahitan pun saya tidak tahu, apatah lagi hendak mengenalinya. Zaman sekolah saya tidak didedahkan dengan perkara sebegini rupa, tapi anda mungkin tidak percaya saya mempunyai kemahiran menjahit baju kurung..Hanya baju kurung sahaja dengan cara jahitan yang kurang kemas.Belajar daripada emak masa sekolah menengah dulu2...(boleh la untuk pakai main2, tapi sekarang sudah malas dan bajunya asyik tempah sahaja,hehe)..Memandangkan saya memikirkan upah baju semakin meningkat, maka saya teringin juga belajar mana tahu bila hati sudah terdetik untuk tidak menempah lagi..doakan saya..^_^
ini la hasilnya... 

Saya terpaksa menjahit 5 barisan, sehinggak pukul 1.00pagi menyiapkannya, alangkah berusahanya saya..^_^


gambar kelabu ja...Mata lalat pun tidak nampak..

Tidak mengapa, teruskan berusaha semoga saya tabah mengikuti kelas jahitan ini. Insyaallah, boleh juga dimanfaatkan dengan mengajar kokurikulum di kelas pendidikan khas nanti. Anak-anak pendidikan khas ramai yang kreatif..Maka, untuk membentuk kekreatifan mereka, guru perlu menjadi lebih kreatif..Belajar menjahit, memasak dan segala bentuk kemahiran yang boleh meningkatkan kemahiran mereka apabila dewasa nanti, insyaallah..

Hari Kedua ( 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432H)
Hari ini adalah hari kedua saya ke kelas menjahit. Hari pertama ingatkan sudah boleh menjahit menggunakan mesin-mesin canggih itu, namun terpaksa pula menjahit bermula daripada jahitan tangan, "Mata Lalat" sudah berjaya habiskan..Hari ini saya menjahit jahitan yang agak sukar iaitu "Tulang Belut".. Aduh, siapakah gerangan yang mencipta nama jahitan ini? Sungguh kreatif dan sukar sekali, berpinar-pinar mata saya dengan rasa mengantuk dan bosan..Teruskan berusaha, esok cekgu hendak memeriksa..Insyaallah sudah siap saya poskan di sini, sama-sama kita menilai tulang belut itu..Walau bagaimanapun, saya merasakan jahitan "Tulang Belut" ini kurang sesuai untuk diajar di sekolah rendah kerana mata harus fokus berbanding "Mata Lalat"..Ini kerana murid-murid khas mempunyai daya fokus yang kurang. Namun, tidak dinafikan, ada sesetengah murid yang mempunyai tahap fokus yang tinggi mengikut minat masing-masing. Jika mereka mudah bosan, maka guru terpaksa menghentikan dahulu..Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit..
Ada kelapangan, saya akan update lagi tentang kelas jahitan saya..Wassalam.


~Hidup ini satu anugerah~

No comments:

Post a Comment