Welcome

Thursday 13 October 2011

Detik-detik KURSUS

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Baru-baru ini saya berkampung selama lima hari untuk mengikuti kursus KSSR thn 2 Pendidikan Khas di sebuah sekolah di daerah Seremban. Penat namun berbaloi ilmu yang saya dapat mengenai KSSR yang selami ini masih kabur tentang perlaksaannya..:) Insyaallah, saya akan berkongsi serba sedikit mengenai kursus tersebut yang disampaikan oleh jawatankuasa unit merangkap kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Sekalung tahniah kerana berjaya menganjurkan kursus 5 hari tersebut, sedikit sebanyak boleh memahamkan kami para guru Pendidikan Khas yang sentiasa dahagakan pembaharuan dan ilmu berkaitan. Wlaubagaimanapun, saya mempunyai pendapat sendiri tentang KSSR ini. Banyak kekangan yang pihak guru hadapi, namun atas dasar menurut perintah, maka kami guru-guru Malaysia sentiasa berganding bahu meningkatkan kefahaman dan berdaya iltizam bersama-sama membangunkan institusi pendidikan di negara kita, amin...:)

Sekian dulu untuk kali ini. Saya akhiri dengan 2 rangkap pantun buat pembaca semua:


Pergi sekolah menaiki basikal,
Basikal dibawa dengan laju,
Guru-guru perlu cekal,
Baru hidup kita maju..:)

Kain batik sulam emas,
Emas dipakai kenduri kendara,
Budi yang baik disimpan kemas,
Jasamu guru hingga ke syurga.

Sekian.

~Hidup ini satu anugerah~

No comments:

Post a Comment