Welcome

Saturday, 30 July 2011

Ramadhan dan Nafsu

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak...Begitulah ucapan yang seringkali kita dengar apabila tiba penghujung bulan Shaaban. Alhamdulillah, ramai yang mengingati kedatangan bulan Ramadhan. Adakah anda sudah bersedia untuk menempuh sehingga penghujung Ramadhan atau sekadar mengingati tetapi tidak cuba menghayati dan mengambil kesempatan ini? Saya juga berharap kedatangan Ramadhan ini memberikan saya kekuatan yang luar biasa untuk menempuh dunia pekerjaan sebagai seorang pendidik, sekaligus mampu menahan segala nafsu seperti nafsu amarah, nafsu makan, nafsu membeli belah dan segala nafsu yang ada dalam diri saya dan anda juga. Bercakap mengenai nafsu, saya teringat seorang guru memberitahu saya bahawa "Nafsu itu raja dan hamba..Kamu harus bijak mendidiknya..". Saya terfikir saya tidak boleh menjadikan nafsu sebagai raja dan saya juga tidak  boleh menjadikan nafsu sebagai hamba..Saya hanya boleh menggunakan akal untuk menguasai nafsu..barulah saya bijak mendidiknya..Insyaallah, semoga apa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan Allah dan sama-samalah kita mendoakan.
Akhir kata, Salam Ramadhan untuk semua pembaca...Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan kita untuk berubah menjadi baik dan lebih baik, wallahulam.


~Hidup ini satu anugerah~

Friday, 29 July 2011

Here we began..Special Needs Education: Tazkirah Umum..

Here we began..Special Needs Education: Tazkirah Umum..: "AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir...."

~Hidup ini satu anugerah~

Tazkirah Umum..

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati2 apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .


kongsi dari facebook.
~~Kunci kebahagiaan terletak pada hati~

~Hidup ini satu anugerah~

Learning Autisme Is A Lot Of Fun!

Assalamualaikum pembaca semua..
Hari ini cuti sekolah..Saya sungguh teruja untuk meningkatkan lagi keberkesanan blog ini. Banyak yang ingin saya kongsikan bersama anda berkaitan pendidikan khas di Malaysia. Namun, kesuntukan masa dan beberapa kekangan lain membuatkan saya sering terlepas untuk berbuat demikian..maka, di hari yang penuh dengan keceriaan ini saya mengambil kesempatan untuk memberi beberapa maklumat berkaitan kanak-kanak autisme..

Pertama kali saya mengenali kanak-kanak autisme, saya sangat teruja dengan cara kehidupan mereka yang berbeza dengan kehidupan kanak-kanak normal. Kanak-kanak autisme mempunyai beberapa ciri yang mungkin anda boleh mengesan bayi-bayi anda pada peringkat awal kelahiran. Melalui soal selidik ibu bapa kepada kanak-kanak ini dan pembacaan hasil perkongsian masyarakat, saya mendapat ilmu baru yang boleh dikongsi bersama-sama anda. Sebelum saya bercerita, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai apa itu autisme..

Apakah yang dimaksudkan dengan kanak-kanak autisme?
Autisme adalah gangguan otak yang telah mempengaruhi perkembangan mental seseorang kanak-kanak tersebut. Mereka yang mempunyai masalah autisme mempunyai masalah komunikasi untuk berinteraksi dengan orang lain. Mereka mempunyai masalah pertuturan disebabkan saraf sosial tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana kanak-kanak tersebut suka hidup bersendirian dan tidak gemar bersosial dengan orang lain. ini kerana mereka suka kehidupan di dunia khayalan. Uniknya, mereka mempunyai dunia mereka sendiri, berimaginasi pelbagai pelkara yang kadangkala kita tidak jangkakan! Mereka juga tidak fokus terhadap percakapan kita dan tidak boleh bertentangan mata apabila berkomunikasi. Hidup kanak-kanak ini adalah rutin (melakukan tingkahlaku secara berulang-ulang kali) Walaupun mereka mempunyai masalah sosial dan komunikasi, namun kanak-kanak ini boleh dibentuk dan diajar tingkahlaku positif sedari kecil kerana hidup mereka adalah rutin. Autisme mempunyai tahap-tahap tertentu; Autisme yang teruk, sederhana dan ringan.


1. Autisme yang teruk: kanak-kanak autisme yang teruk agak sukar untuk dikawal, mereka tidak dapat bertutur langsung dan mata yang tidak dapat fokus dengan baik. Mereka juga akan menjerit tanpa diketahui sebabnya dan merayau-rayau tanpa arah tujuan..Untuk mengelakkan perkara ini, pendidikan perlu diterapkan terhadap mereka sedari kecil lagi. Ibubapa perlu memastikan mereka mendengar arahan dan melakukan tingkahlaku positif kerana penyakit autisme boleh dikurangkan dengan cara komunikasi dengan orang-orang disekilingnya.
2. Autisme Sederhana: kanak-kanak ini juga tidak boleh bertutur dengan baik, namun kita masih boleh berkomunikasi dengannya walaupun dengan tidak bertentangan mata. Mereka mempunyai tahap pendengaran yang tajam dan mudah menghafal sesuatu perkara yang didengar atau dilihat. Jika mereka boleh menguruskan diri dengan baik, mereka boleh dihantar ke sekolah untuk proses pembelajaran kerana mereka boleh belajar sesuatu yang baru. Walau bagaimanapun, mereka juga akan seringkali menjerit-jerit tanpa sebab. Keadaan ini berlaku kerana masalah pertuturan dan komunikasi. Mereka akan menjerit apabila inginkan sesuatu barang atau benda, maka kita sebagai orang yang normal perlu sentiasa peka dan memahami tingkahlakunya. Kepakaran orang sekeliling memahami keperluan anak-anak ini akan menjadikan hidup mereka teratur.
3. Autisme Lemah/ ringan: Kanak-kanak ini mempunyai sikap tidak suka bersosial dan suka berkhayal seorang diri. Autisme hanya boleh dikurangkan dengan kebijaksanaan orang-orang disekelilingnya. Mereka perlu sentiasa dibimbing dan komunikasi berkesan membantu mereka daripada mudah berkhayal dengan dunia sendiri.

Terdapat beberapa tanda yang biasa berlaku untuk mengesan kanak-kanak autisme. Jika daripada segi fizikalnya kita mungkin sukar melihat kerana kanak-kanak ini mempunyai bentuk fizikal normal dan kebanyakan yang saya pernah jumpa kanak-kanak ini sangat cantik dengan kulit yang gebu, putih dan bersih. Mereka juga boleh dikategorikan sebagai kacak dan cantik. Anda mungkin sukar dan tidak mempercayai mereka mempunyai masalah jika dipandang pada rupa paras! Subhanallah, maha suci Allah menjadikan manusia dengan pelbagai rupa dan keadaan. Antara tanda-tanda yang boleh dilihat adalah:

1. Semasa kecil: Kanak-kanak ini mempunyai proses tumbesaran yang tidak mengikut perkembangan yang betul. Kadang-kadang bayi akan terus berdiri tanpa melalui proses merangkak dan sebagainya.. Ini menunjukkan mereka mengalami tanda-tanda autisme, maka bakal-bakal ibu sepatutnya mengambil berat dengan proses perkembangan anak-anak anda, jika masalah ini berlaku, anda seharusnya bertindak pantas untuk mendapatkan informasi berkaitan masalah autisme. ini kerana, saya mendapati kanak-kanak ini terabai dan sukar dibentuk kerana ibubapa yang tidak alert dengan perkembangan anaknya dan tidak mempunyai pengetahuan tentang masalah autisme ini.

2. Kanak-kanak: Mereka tidak suka disentuh, didukung atau tidak mempunyai hubungan mata yang baik dengan ibubapa dan orang sekelilingnya. Mereka juga tidak bertindakbalas terhadap bunyi atau panggilan nama, dan seolah-olah tidak mendengar (namun, mereka bukan pekak atau mempunyai masalah pendengaran). Mereka tidak bercakap dan menggunakan bahasa yang salah, menyebut perkataan secara berulang-ulang, menyebut kembali apa yang orang perkatakan dan tidak dapat membina ayat dengan baik. Sekiranya mereka menjumpai sesuatu barang, mereka akan memutar-mutar barang tersebut (ada juga kanak-kanak ini yang suka melihat benda yang berputar seperti kipas angin, roda dan sebagainya). Ini berkemungkinan mereka boleh berkhayal sekiranya melihat benda-benda sedemikian. Selain itu, mereka juga suka bermain dengan alat-alatan kegemaran di tangan, dan tidak boleh diganggu.

Bagaimana membantu kanak-kanak autisme:
Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa tingkahlaku memaksa dan terapi bahasa boleh membantu sesetengah kanak-kanak autisme. Tiada ubat khusus untuk merawat autisme itu sendiri tetapi perubatan juga boleh membantu beberapa gejala autisme seperti tingkahlaku agresif atau tidak dapat tidur. Perbincangan dengan pakar-pakar peruubatan boleh membantu anak-anak anda tentang rawatan terbaik untuk mereka. Kanak-kanak autisme boleh dikurangkan penyakitnya tetapi ia tidak boleh diubati. Sesetengah kanak-kanak boleh mengurangkan autisme apabila mereka sudah matang. Kemahiran bahasa kanak-kanak juga boleh ditingkatkan dengan komunikasi yang kerap dengan orang-orang disekelilingnya. Tahap intelektual mereka akan menjadi lebih baik sekiranya ramai orang-orang disekelilingnya peka dengan perkembangannya. Kaedah memaksa banyak dilakukan di sekolah untuk memupuk perkara positif dalam diri mereka. Mereka boleh menjadi insan yang baik sekiranya kita boleh mengatur rutin kehidupan seorang autisme..Mari sama-sama kita menerokainya, semoga bermanfaat untuk semua!Insyaallah..

Anda mungkin mempunyai pendapat sendiri, nyatakan pendapat anda dengan kanak-kanak autisme. Kongsikan bersama supaya kita dapat membantu kanak-kanak ini membesar dengan baik. Mempelajari dunia kanak-kanak autisme adalah sangat menarik bagi saya, satu perkataan yang kita ajarkan menjanjikan satu kepuasan dalam diri kita..Learning autisme is a lot of fun!







untuk maklumat lanjut, sila layari:
http://www.righthealth.com/topic/What_Is_The_Autism/overview/FamilyDoctor20_s # ixzz1TXr4XGJ8 




~Hidup ini satu anugerah~

Special Promotion











~Hidup ini satu anugerah~

Thursday, 28 July 2011

Here we began..Special Needs Education: Vulli Sophie the Giraffe Teether...very cute one!

Here we began..Special Needs Education: Vulli Sophie the Giraffe Teether...very cute one!: "~Hidup ini satu anugerah~"

~Hidup ini satu anugerah~

Bahasa Blog

Assalamualaikum semua.......Hari ini penulis ingin berbicara tentang tajuk: Bahasa Blog...Tajuk ini amat sesuai dibincangkan kerana ia berkaitan dengan bahasa. Saya mengambil masa beberapa minit untuk meneroka blog-blog yang terdapat dalam blogger.com ini. Dan hasilnya, hampir 70% daripada blogger yang saya sempat buka telah menggunakan pelbagai bahasa masing-masing. Kebanyakan blog-blog yang saya terokai di Malaysia adalah ditulis dalam bentuk bahasa pasar atau dalam bentuk penceritaan yang mudah difahami dan kadang-kadang penulis rasakan luahan hati yang dipaparkan itu sangat bertepatan dengan jiwa muda dan begitu santai...great! saya suka membaca blog2 anda..Oleh kerana blog anda banyak menggunakan bahasa pasar, maka saya mengambil kesempatan menggunakan bahasa baku dan tulisan penuh..hihihi, anda ingin mengetahui mengapa saya memilih bahasa baku untuk blog saya ini? baiklah...ini adalah jawapan ikhlas daripada saya:
1. Blog saya memaparkan tentang informasi, maka saya rasa tidak sesuai jika saya berceloteh menggunakan bahasa pasar...(karang x de pulok ore faham..^_^)
2. Blog ini saya sasarkan kepada pembaca pelbagai lapisan masyarakat, termasuk ibubapa, guru, pelajar dan pelbagai lagi lapisan yang saya tidak dapat tuliskan di sini..jika makhluk asing membaca blog ini saya mengharapkan mereka akan faham dengan bahasa saya yang saya sayangi ini..insyaallah
3. Sesuai dengan jiwa saya yang tidak suka menaip pendek-pendek..kalau mengarang memang penuh kertas walau markah tidak pernah tinggi...haha
4. Ini merupakan blog berkaitan pendidikan, maka saya rasa tidak sesuai saya menulis dalam bentuk singkatan..biar semua yang membaca itu mudah faham.

Warna dan suasana: Perancangan bahasa Melayu di Malaysia

~Hidup ini satu anugerah~

Vulli Sophie the Giraffe Teether...very cute one!
















~Hidup ini satu anugerah~

Tot Tutors Book Rack, Primary Colours

Kes


~Hidup ini satu anugerah~